Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDidakwa Buka Aib Cerita Keadaan Alat Sulit Anak, Zarina Zainuddin Dikecam Jadikan...

    Didakwa Buka Aib Cerita Keadaan Alat Sulit Anak, Zarina Zainuddin Dikecam Jadikan Anak Istimewa Bahan Ketawa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon Zarina Zainuddin baru-baru ini menjadi tumpuan netizen apabila satu video yang dikongsinya di Instagram mencetuskan kontroversi.

    Video tersebut memaparkan perbualan antara Zarina dan anak lelakinya, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan, atau lebih dikenali sebagai Azal, mengenai keadaan alat sulitnya ketika bangun pagi.

    Azal, yang berusia 28 tahun dan merupakan individu autisme, berkongsi dalam video tersebut tentang keadaan ‘tidak selesa’ yang dialaminya setiap pagi.

    “Dah naik ke atas, jadi keras. Takut dia berdiri, macam gajah,” kata Azal dalam video itu.

    Zarina dalam kapsyennya menyatakan harapannya agar Azal membesar dengan sihat serta terus menjadi anak yang baik.

    Bagaimanapun, perkongsian tersebut mendapat reaksi negatif daripada netizen yang menganggap tindakan Zarina terlalu terbuka dan tidak wajar sebagai seorang ibu.

    Ramai pengguna media sosial menasihati agar Zarina lebih berhati-hati dalam berkongsi hal-hal peribadi yang melibatkan anak-anaknya, terutamanya perkara yang dianggap sensitif.

    “Padamlah hantaran ini puan. Bukan semua perkara perlu dikongsi,” tegur seorang netizen. Ada juga yang menyuarakan kebimbangan bahawa pendedahan tersebut boleh menyebabkan Azal menjadi bahan ketawa atau lebih teruk, menjejaskan maruah dirinya.

    “Kenapa kongsi puan, jagalah aib anak. Jangan jadikan dia bahan ketawa,” ujar seorang pengguna media sosial lain.

    Sejak video itu dimuat naik, ia masih boleh diakses di Instagram Zarina, dan ini menimbulkan lebih banyak perbincangan di kalangan netizen yang menganggap seharusnya ibu kepada empat putera itu lebih peka dan sensitif terhadap privasi serta maruah anak-anaknya.

    Zarina Zainuddin, yang kini berusia 53 tahun, memang dikenali sebagai seorang ibu yang sering berkongsi perjalanan hidupnya membesarkan anak-anak autisme, termasuk Azal dan kembarnya Azil, yang juga seorang autisme tahap hiper.

    ALSO READ:  [VIDEO] Alina Hassan Tak Sangka Tersenarai Top 100 Calpis Soda One In A Million, ‘Target’ Menang Hadiah RM 1 Juta

    Meskipun niat Zarina mungkin sekadar ingin berkongsi pengalamannya, situasi kali ini telah menimbulkan isu yang lebih mendalam tentang batasan dalam berkongsi kehidupan peribadi di media sosial.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts