Bekas pereka fesyen Sean “Diddy” Combs atau P Diddy, Bryana “Bana” Bongolan telah menyaman dan mendakwa penderaan, termasuk dakwaan mengatakan bahawa P Diddy mengancam untuk membunuhnya dan menggantungnya dari balkoni tingkat 17.
Menurut beberapa sumber, Bryana memfailkan tuntutan mahkamah terhadap P Diddy di Los Angeles, meminta ganti rugi $10 juta (sekitar RM44,597,500).
Dalam saman itu, P Diddy didakwa telah menggantung Bryana di balkoni 17 tingkat pangsapuri bekas kekasihnya, Cassandra Ventura di Los Angeles pada September 2016.
“Menggantung dan menjuntaikan seseorang di atas balkoni adalah bertujuan untuk membunuh atau dengan sengaja cuba menyerang secara ganas”, kata peguam Brayana.
Selepas menggantungnya, P Diddy didakwa menghempas Bryana ke perabot teres di balkoni. Menurut laporan, saman itu juga mendakwa P Diddy berkata dia “boleh membunuh” dan merujuk dirinya sebagai “syaitan.”