“Dia (Zahirah Macwilson) nampak macam seorang bibik di mata saya.”
Itu antara sindiran terbuka diberikan pelakon sensasi, Fatiya Latiff terhadap Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson dalam muat naik video TikTok.
Tidak terhenti di situ, Fatiya, 37, turut mengkritik bapa kepada aktres itu serta suaminya, Aiman Hakim yang pernah mempunyai hubungan cinta dengannya suatu ketika dahulu.
“Dan ayah dia macam seorang pelakon yang tak terkenal. Followers dia (Zahirah) bergabung pun tak boleh lawan followers saya.”
Terdahulu, Fatiya menjawab komen peminat dalam siaran langsung media sosial yang mengatakan bahawa Zahirah memiliki kecantikan semula jadi sebagai seorang wanita.
Fatiya turut memberitahu dia bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Aiman yang menurutnya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
“Terima kasih Tuhan kerana dia (Zahirah) kini bersamanya (Aiman) sebab saya pun tak nak kat Aiman.”
Dalam video sama, Fatiya yang suatu ketika dahulu sangat terkenal menerusi drama rantaian, Ariana rose turut melahirkan rasa tidak puas hati apabila namanya digugurkan daripada menghadiri satu acara fesyen jenama terkemuka hanya disebabkan dua individu yang tidak didedahkan identitinya.
Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi, Aiman Hakim Ridza sebelum aktor itu berkahwin dengan Zahirah.
Bagaimanapun, perhubungan mereka berakhir pada Disember 2015.