Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDidakwa Pernah Tercari-Cari Bekas Suami Bella Astillah, Sophia Albarakbah Akui Tak Selesa...

    Didakwa Pernah Tercari-Cari Bekas Suami Bella Astillah, Sophia Albarakbah Akui Tak Selesa Bercakap Soal Aliff Aziz

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon Sophia Albarakbah menegaskan bahawa dia tidak pernah lari daripada media walaupun namanya sering dikaitkan dengan kontroversi melibatkan aktor sensasi, Aliff Aziz.

    Sophia, 31, menjelaskan bahawa kesibukan kerja di set penggambaran menyebabkan dia tiada masa untuk menghadiri pelbagai acara hiburan dan berdepan dengan media.

    “Saya tidak mengelak tapi sibuk dengan kerja. Memang buat masa sekarang fokus saya hanyalah pada kerja, perkara yang tiada kaitan tidak perlu untuk saya komen,” kata Sophia.

    Beliau menambah bahawa kerja-kerjanya tidak terganggu dan berjalan seperti biasa.

    “Alhamdulillah kerja saya tidak terganggu dan berjalan seperti biasa. Sebab bagi saya apabila bekerja harus serius dan sebagai pelakon saya ada tanggungjawab yang harus dilunaskan di set penggambaran. Jadi, benda tidak sepatutnya (kontroversi), tidak perlu untuk diulas,” ujar Sophia.

    Walaupun diasak oleh pihak media, pelakon jelita ini tetap dengan pendirian untuk tidak mengaitkan namanya lagi dengan Aliff Aziz.

    “Saya minta maaf saya tidak selesa untuk menjawab (soalan berhubung kontroversi Aliff Aziz). Kalau nama itu (Aliff Aziz) saya tidak mahu jawab,” kata Sophia.

    Selain itu, Sophia turut menjelaskan bahawa dia tidak ‘melayan’ media sosial kerana menganggap banyak perkara tidak berfaedah dalam platform tersebut.

    “Jujurnya, saya jenis orang yang tidak selalu sangat melihat media sosial. Bagi saya banyak perkara tidak berfaedah di sana. Saya pula bukan jenis yang suka dengar gosip dan borak perkara yang tidak sepatutnya. Jika perkara atau isu yang dibangkitkan tidak berilmiah saya tidak akan baca,” tegas Sophia.

    Bagi Sophia, komitmen terhadap kerja adalah yang utama dan dia berusaha untuk menjalankan tanggungjawabnya dengan serius di set penggambaran.

    Meskipun begitu, Sophia tetap berterima kasih kepada peminat dan pihak media yang sentiasa menyokong kariernya dan berharap agar namanya tidak lagi dikaitkan dengan isu-isu yang tidak berfaedah.

    ALSO READ:  Gelagat Datuk K Tarik Telinga Nabil, Curi Perhatian Netizen!-“Tarik Kuat Sikit Datuk K!..”
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts