Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDidakwa Serah Anak Dengan Rela Hati, Ibu Kandung Kepada Anak Angkat Mizz...

    Didakwa Serah Anak Dengan Rela Hati, Ibu Kandung Kepada Anak Angkat Mizz Nina Dan Noh Dakwa Dirinya Dimanipulasi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sifat kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak sukar digambarkan. Tidak kiralah apa statusnya, sama ada mereka itu anak kandung, anak angkat atau anak tiri.

    Apa yang pasti, kini semakin ramai pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan zuriat atau malah yang belum berkahwin sanggup menggalas tanggungjawab sebagai ibu atau bapa tunggal kepada anak angkat yang dijaga mereka.

    Namun begitu, tindakan perkongsian ibu bapa mengenai aktiviti harian anak mereka seperti gambar dan daftar masuk lokasi secara terbuka di media sosial boleh mengundang risiko kepada perlakuan jenayah.

    Malah, ibu bapa dinasihatkan untuk berhati-hati apabila membuat sebarang hantaran kerana impak daripada sekeping gambar boleh membawa kepada jenayah.

    Berbahas soal ini, terdahulu Noh atau Mohamad Noh Salleh membuka mulut membersihkan namanya susulan dakwaan dia telah melarikan anak angkatnya dengan bantuan pembantu rumah.

    Noh menjelaskan bahawa tuduhan yang dibuat bekas isterinya, Mizz Nina adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Tambah Noh lagi, dia mengambil anak angkatnya, Musa melalui saluran undang-undang yang sah dan bukanlah menculik seperti yang didakwa.

    Namun, terkini Noh enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung tuntutan ibu kandung Musa yang hanya ingin dikenali sebagai Athira.

    “Tak nak. Saya ‘busy’ sekarang,” katanya ringkas.

    Ia susulan Athira menuntut Noh menarik balik kenyataan, buat permohonan maaf secara terbuka dan padam gambar Musa iaitu anak angkat kepada aktivis kemanusiaan Mizz Nina, daripada media sosial dalam tempoh 24 jam.

    Kata Athira, Noh perlu memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan dalam kenyataannya di program Melodi baru-baru ini.

    Menerusi temu bual yang disiarkan menerusi program hiburan itu, Noh mendakwa Athira memberi kebenaran untuknya menjaga Musa dengan rela hati.

    ALSO READ:  ‘Bodyguard’ Bidas Tuduhan Halang Fattah Amin Hampiri Fazura – ‘Tak Ada Satu Arahan Pun Suruh Kami Buat Macam Itu’

    Menurut sumber, Athira mendakwa dirinya dimanipulasi oleh Noh.

    “Apa yang saya nak kongsikan di sini, saya sebagai ibu kandung kepada Musa sangat kecewa dengan apa yang terjadi. Saya rasa dimanipulasi dan digunakan di atas kepentingan dia (Noh).

    “Disebabkan itu saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat kerana menggunakan nama saya di media.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts