Media sosial merupakan platform yang menghubungkan manusia dan membolehkan pengguna berkongsi idea, fikiran dan maklumat melalui perkongsian dan perbualan.
Walaupun buli bukanlah konsep baru, kemajuan teknologi telah membawa buli ke tahap baharu, iaitu buli siber. Satu contoh buli siber adalah komen negatif di media sosial.
Ketika mengenai perkara ini, pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin baru-baru ini menyifatkan tohmahan yang dilemparkan kepadanya berhubung isu penamatan kontrak Tyzo baru-baru ini memberi kesan besar terhadap kesihatan mentalnya.
Menurutnya, perkara paling teruk dihadapinya ketika ini ialah apabila netizen turut melemparkan kecaman terhadap dua anaknya, Nureen Aresya dan Nazren Asyran.
“Ini kecaman terhebat pernah saya terima sepanjang 25 tahun bergelar penyampai radio. Saya terima kecaman sejak Jumaat lalu sehingga viral.
“Tahun 2024 ini dibuka dengan kontroversi begini namun saya terima serta reda dengan ujian yang diberikan Tuhan ketika ini.
Disebutnya, dua anaknya tidak sepatutnya menjadi mangsa kecaman netizen berhubung isu ini.
“Mereka tidak bersalah. Kecamlah saya tetapi jangan sentuh anak-anak saya. Anda menghukum saya tanpa sebarang alasan yang kukuh.
Bagaimanapun, mengutip kenyataan Tyzo ketika sesi temubual bersama media petang tadi, bekas penyampai radio ini mendakwa bahawa Dj Lin telah mengadakan ‘makan-makan’ makanan yang dimasak oleh anaknya bersama staf-staf lain ketika suasana sedih menyelubungi konti ketika diberitahu dirinya telah tamat kontrak.
Menurutnya, ianya tidak patut kerana penamatan kontrak ini bukan atas persetujuan bersama atau kehendak dirinya.
Sebelum ini, Suria FM telah mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir atas alasan sebagai strategi untuk tahun 2024.