Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDidakwa Tersingkir Dek Kifarah Derhaka, Shila Amzah Mohon Netizen Didik Hati Hormati...

    Didakwa Tersingkir Dek Kifarah Derhaka, Shila Amzah Mohon Netizen Didik Hati Hormati Masalah Orang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Umum mengetahui bahawa restu dan reda ibu bapa dalam kehidupan seseorang itu sangat penting kerana ia sebagai punca untuk mendapatkan keredaan ALLAH SWT.

    Sabda Rasulullah SAW: “Reda ALLAH bergantung kepada reda ibu bapa, manakala kemurkaan ALLAH bergantung kepada kemurkaan ibu bapa.” (Riwayat at-Tirmidzi).

    Bahkan ibu bapa merupakan individu yang dijadikan oleh ALLAH SWT sebagai penyebab kewujudan setiap manusia di dunia ini. Mereka telah menabur banyak kebaikan dan bakti yang tidak terhitung kepada anak-anak termasuk mendidik dan membesarkan kita hingga dewasa.

    Oleh sebab itu, ALLAH SWT memerintahkan kepada setiap hamba-NYA agar wajib berbuat baik terhadap kedua ibu bapa.

    Didakwa sering mendapat markah tercorot sekali gus tersungkur di peringkat separuh akhir Famili Duo musim ketiga (FD3) kerana kifarah dek derhaka kepada ibu, penyanyi Shila Amzah menegaskan manusia bukan Tuhan yang layak menghakimi insan lain.

    Jelas pemilik nama penuh Nurshahila Amir Hamzah itu, hanya dia dan keluarganya tahu situasi sebenar selain meminta netizen menerima hakikat setiap keluarga mempunyai masalah tersendiri.

    “Sejujurnya manusia bukan Tuhan, tidak adil untuk mereka berkata sesuka hati itu kerana mereka tidak lalui apa yang saya lalui.

    “Seperti yang saya cakap sebelum ini pun, apa yang kami tonjolkan dalam media sosial mungkin hanya 30 peratus sahaja daripada apa yang terjadi.

    Pelantun lagu Patah Seribu itu juga meminta netizen yang lantang menghukum agar menjaga lisan kerana bimbang perkara sama turut terpalit kepada keluarga mereka di kemudian hari.

    “Jadi netizen perlu didik hati supaya menghormati masalah keluarga orang, mungkin hari ini keluarga saya, esok lusa kita tidak tahu terjadi kepada sesiapa.

    “Allah itu Maha Mendengar jadi mulut kena jaga, lisan fikir dahulu sebelum berkata apa-apa, takut terkena balik dekat diri sendiri

    Sementara itu, adiknya Syahir pula memberitahu keluarga terutama ibu bapa mereka masih memberi sokongan terhadap penglibatan mereka dalam program berkenaan

    ALSO READ:  Shuib Menangis Tatkala Berjaya Bertemu Arwah Siti Sarah Dalam Mimpi - 'Dia Hanya Tersenyum Melihat Saya' [VIDEO]

    Malah kata Syahir atau Amir Syahir Amir Amzah, dia juga menjadi orang tengah menyampaikan sebarang mesej daripada keluarga kepada kakak sulungnya itu.

    “Adik, mak dan ayah saya memang ada hubungi saya secara peribadi selain mendoakan yang terbaik sepanjang kami bertanding.

    “Jadi saya sampaikan sahaja doa mereka kepada Shila malah saya juga melunaskan tugas sebagai adik,” jelasnya.

    Kemelut keluarga Shila menjadi perhatian selepas adiknya Syada Amzah mendakwa bakal dihalau keluar dari kediamannya susulan banglo milik penyanyi itu bakal dijual.

    Sementara itu, malam tadi perjuangan Shila Amzah dan Syahir terhenti di peringkat separuh akhir sahaka apabila hanya meraih markah keseluruhan sebanyak 310.7

    Pada semi final atau konsert minggu ketujuh itu, mereka mendapat kritikan pedas juri, Mas Idayu dan Ajai usai membawa lagu Sakit dan Sang Saka Biru bersandarkan tema Hip Hop/Dance.

    Mereka dan dua lagi pasangan duo iaitu Fuad Rahman dan Tom serta Rayyan Bakery dan Adam Bakery terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada tiga lagi peserta yang layak bertarung di peringkat akhir minggu depan

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts