Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDidakwa Tiada Lagi Kelebihan “Kerja Gomen”, Kini Penjawat Awam Hanya Menerima Lantikan...

    Didakwa Tiada Lagi Kelebihan “Kerja Gomen”, Kini Penjawat Awam Hanya Menerima Lantikan Kontrak Dan Tiada Pencen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menjadi seorang penjawat awam adalah impian bagi ramai orang kerana mereka mengenali kelebihan bekerja di sektor awam atau kerajaan. Banyak yang menginginkan pekerjaan tetap dan stabil.

    Oleh itu, ramai yang percaya bahawa menjadi seorang penjawat awam dapat memberi keseimbangan dalam kehidupan mereka.

    Banyak yang berpendapat bahawa menjadi seorang penjawat awam tidak hanya memberikan kelebihan dalam mendapatkan pinjaman dari bank, tetapi juga banyak kelebihan lain yang menjamin kehidupan mereka.

    Namun, baru-baru ini heboh di media sosial apabila kerajaan membuat pengumuman bahawa mereka akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak, dan inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan bagi mengukuhkan sistem saraan perkhidmatan awam negara.

    Pada masa ini, inisiatif kaedah lantikan baharu tersebut sedang dalam fasa pindaan undang-undang berkaitan, dan juga dijangka dapat mengurangkan beban fiskal negara dalam tempoh jangka panjang.

    Mengutip laporan berita harian, langkah tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, melalui satu pekeliling yang baru-baru ini dilihat oleh media.

    Beliau menyatakan, inisiatif tersebut selaras dengan komitmen negara dalam menangani isu peningkatan tanggungan pencen.

    “Kerajaan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2023, memutuskan supaya suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan.

    “Jemaah Menteri juga bersetuju supaya dalam tempoh peralihan (interim) sebelum penguatkuasaan kaedah tersebut, pengambilan pegawai awam ke perjawatan tetap akan dilaksanakan secara lantikan kontrak (COS) berkuat kuasa mulai tahun 2024,” katanya.

    Beliau menyatakan, pelaksanaan pengambilan pegawai baru secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam ini akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024.

    Pada masa kini, kabinet bersetuju bahawa penjawat awam baharu selepas ini akan berstatus tetap, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

    ALSO READ:  ‘Doa Lebih Sikit Mommy, Semoga Daddy Kuat Untuk Bercuti Dengan Anak’ – Nedim Nazri

    Timbalan Perdana Menteri berkata, pengumuman mengenai tempoh pelaksanaannya akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

    Beliau menyatakan, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu akan membuat caruman melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts