Pelakon Didi Astillah meluahkan rasa kesal selepas mengetahui bahawa kemunculan abang iparnya, Aliff Aziz menerusi sesi podcast bersama TheCommonFolks SG pada Khamis adalah rancangannya bersama Ruhainies.
‘Ini lah “last plan” dengan si Ruhainies tu ya?’
Menerusi hantaran di akaun Instagram, Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 27, akui kecewa dengan tindakan Aliff yang didakwa memberikan kenyataan tidak benar tentang perkahwinan bersama kakaknya, Bella Astillah hanya untuk melindungi Ruhainies.
Jadi ini lah “last plan” dengan si Ruhainies tu ya? Podcast (jalan terakhir nak jatuhkan kaklong lepas pakai cyber-trooper tak jalan). Dan inilah yang awak panggil ‘rocky marriage’ ?(korang check date). Rumah tangga diaorang elok sahaja.
Untuk suami kakak saya yang bakal bergelar bekas suami, sampainya hati abang tipu orang untuk kebaikan diri sendiri dan si R. Ini ke balasan abang dengan pengorbanan kami sekeluarga nak dibandingkan dengan keluarga R yang baru je abang kenal?
Dalam pada itu, Didi turut menjelaskan mengenai layanan bak puteri Aliff kepada Bella hanyalah bersifat sementara. Selain memaklumkan bahawa sikap Aliff mula berubah selepas mula penggambaran bersama NRF.
Princess treatment yang awak (Aliff) cakap awak bagi dekat kak long hanya untuk beberapa bulan sehinggalah awak shooting dengan si R (Ruhainies) habis password semua tukar.
Menerusi perbualan di WhatsApp yang dikongsikan Didi, Aliff dilihat seolah-olah meminta pandangan daripada NRF untuk meneruskan perancangannya untuk muncul di podcast tersebut.
Didi turut menyertakan bukti foto hubungan Bella dan Aliff berada dalam keadaan baik pada November tahun lalu dan ianya bertentangan dengan kenyataan Aliff yang mendakwa hubungannya dengan Bella mula renggang sejak 13 November 2023.