Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDidi Astillah Dedah Aliff Aziz Pernah Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang Anak...

    Didi Astillah Dedah Aliff Aziz Pernah Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang Anak 3 – ‘Yang Sorang Lagi Tu Pun..Munafik’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Selepas penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz memberi kenyataan menerusi temu bual bersama Melodi, kini adik iparnya, Didi Astillah muncul membuat pendedahan mengejutkan.

    Pendedahan Didi Astillah

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah akui berang dengan tindakan Aliff yang seakan menutup kesalahan sendiri dengan menuding jari menyalahkan isterinya, Bella.

    Daripada podcast, interview sana sini bila bab ‘kes’ tak nak ulas apa-apa. Tapi bila soal kesalahan kak long saya panjang berjela, seolah olah mereka nak menutup kes khalwat tu macam tu sahaja.

    Saya pun jadi pening bila dengar statement, jawapan yang lari dari topik tiap kali interview. Sudah-sudahlah la tu bagi statement dan tunjuk kemarahan… Lebih baik diam sebab salah sendiri.

    Dalam pada itu, Didi turut mendedahkan Aliff pernah bersama dengan wanita berstatus isteri orang yang mempunyai tiga orang anak dan berasal dari Terengganu.

    Bila ada lelaki lain di samping kak long, tahu pula nak melenting. Tapi, masa dia bersama dengan isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula? Tak nak ulas apa-apa ke?

    Sementara itu, Didi turut memberi bayangan bahawa Ruhainies masih menjaja cerita bahawa Bella yang telah perangkap dirinya dan Aliff sehingga ditangkap khalwat.

    Lepas tu, yang lagi sorang tu. Lepas minta maaf pun, ingat saya tak tahu ke yang awak tetap pergi kat orang-orang dan masih cakap yang ‘Bella perangkap’ ? MUNAFIK.

    Kita ni zaman bila nak perangkap perangkap? Awak tak cukup umur lagi ke atau awak dah gila ke atau kedua-duanya sekali eh?

    Terdahulu, kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di ibu negara, Mac lalu.

    ALSO READ:  Azfar Heri Teringin Nak Jumpa Aaron Chia, Netizen Cakap Rupa Nampak Seiras

    Pada 11 Mac lalu, Bella telah memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

    Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts