Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, February 2, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDidi Astillah Hilang Sabar, Dakwa Ruhainies Masih Tuduh Bella Rancang Kes Khalwat...

    Didi Astillah Hilang Sabar, Dakwa Ruhainies Masih Tuduh Bella Rancang Kes Khalwat – ‘Ingat Kakak Saya Nak Ke Anak Dia Kehilangan Bapa?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


     

    bertindak mempertahankan kakaknya Bella Astillah berikutan berang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Ruhainies.

    Didi bengang

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Didi berkongsi video temu bual Ruhainies yang bercerita tentang dugaan sepanjang 2024.

    Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah menegaskan bahawa Bella sama sekali tidak pernah terlibat dalam merancang kes khalwat membabitkan Ruhainies dan bekas abang iparnya, Aliff Aziz.

    Malas dan penat sebenarnya bila nampak posting melibatkan dia ni. Tapi video yang baru ni memang buat saya terpanggil nak beritahu sikit tentang kenyataan dia yang tak habis nak cakap soal ‘orang tak tahu perkara sebenar, sampai sekarang pun tak tahu.’

    Tak habis-habis main sentimen itu. Mari saya ingatkan, dulu pun pernah buat kenyataan yang sama selepas itu terus pergi umrah sebab nak tunjuk tak salah.

    Betul-betul Allah jawab doa kakak saya yang korang aniaya. Allah hantar seseorang untuk ‘reveal’ perancangan jahat awak sebab awak tak terfikir WhatsApp korang akan dibaca oleh sesiapa tapi kuasa Allah tiada tandingan.

    Barulah nampak perangai awak macam mana dan betapa hitamnya hati nak kenakan kakak saya itu ini..jangan bayar kereta enam bulan lah apa lah. Kes lama pun sanggup dikorek asalkan nama kakak saya buruk sekali.

    Dalam masa yang sama, penyanyi berusia 28 tahun itu juga turut mencabar Ruhainies untuk mengemukakan saman terhadap kakaknya.

    Pada saat kakak saya buat posting dengan meletakkan nama awak di sosial media dia kerana awak berjaya meruntuhkan rumah tangga dia dengan kes khalwat tu kenapa tak saman je dia masa tu? Berani kerana benar.

    Tapi ada hikmah kes khalwat terjadi, kalau tidak mungkin ada kemaafan yang ke-12 terjadi.

    Henti sebar fitnah

    Bukan itu sahaja, Didi turut mendakwa Ruhainies pernah mencuba untuk menghasut dan mempengaruhi beberapa orang individu untuk menyebelahinya serta berkata buruk tentang Bella.

    Lagi satu tolong henti menyebarkan fitnah konon kakak saya perangkap.

    Saya tahu awak ada DM (direct message) artis dalam industri kita ini yang bergelar Datuk, untuk mengutuk dan memfitnah kakak saya dengan mengatakan dialah yang merancang semua ini. Gila ke apa nak rancang? Itu perangai awak, ingat kakak saya nak ke anak dia kehilangan bapa?

    Lama dia bertahan sampai rujuk balik, bertahan lagi lima tahun..cuba fikir? Kaki DVD betul awak ni. 

    Lepas itu jumpa beberapa orang artis dan founder kilang untuk cerita hal ini. Dah macam budak sekolah nak cari orang untuk ‘take side.’

    Penyanyi berasal dari Sabah itu sudah tidak mahu memanjangkan isu tersebut dan berharap Ruhainies tidak lagi bermain sentimen daripada isu tersebut untuk meraih simpati.

    Tapi macam itulah orang salah, tak tenteram sibuk nak beritahu orang walau orang tak tanya. Sebab apa? Sebab salah. Kenapa tak move on lagi ya?

    Siapa yang bercerai ni, awak ke kakak saya? Kita kalau nak panjangkan lagi boleh je tapi come on, dah nak masuk 2025, tak penat ke jadi jahat?

    Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

    ALSO READ:  Disangka Sudah Berbaik Dengan Marissa Dania, Ini Jawapan Umisya – ‘Jadi Manusia Yang Ada Ihsan, Hati Perut’

    Pada prosiding 3 Julai, Aliff dan Ruhainies kemudiannya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts