Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDidi Astillah Tidak Tahu Bila Akan Berbaik Dengan Aliff Aziz – ‘Saya...

    Didi Astillah Tidak Tahu Bila Akan Berbaik Dengan Aliff Aziz – ‘Saya Nak Move On’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Didi AstillahDidi Astillah

    Penyanyi Didi Astillah meluahkan rasa syukur segala ujian dan dugaan yang menimpa kakaknya, Bella Astillah akhirnya selesai.

    Bella terlihat ceria sahaja

    Didi AstillahDidi Astillah

    Kata Didi, dia sentiasa mendoakan yang terbaik dan tidak akan putus memberikan sokongan kepada Bella.

    Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, kami sekeluarga akan sentiasa memberikan sokongan kepada Bella supaya bangkit selepas ini. Jangan putus doakan Bella, insya-Allah dia kuat mengharungi semua ini.

    Dia gembira sahaja dan nampak tidak tertekan langsung, semalam kami makan sedap-sedap dekat Jakarta.

    Didi berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, pada Khamis.

    Sementara itu, ditanya mengenai keadaan dua orang anak saudaranya, Didi berkata mereka gembira sahaja menjalani hidup seperti biasa.

    Saya lihat Ayden dengan Ara menjalankan hidup seperti biasa, pergi sekolah dan main dengan kawan-kawan.

    Dalam pada itu, ketika diajukan soalan mengenai hubungan dengan bekas abang ipar iaitu Aliff Aziz pada masa akan datang, Didi memilih untuk tidak mengulas lanjut.

    Saya tak mahu ulas mengenai perkara itu, tapi buat masa sekarang tidak. Pada masa akan datang tidak tahu. Apa yang penting saya nak ‘move on’ daripada semua ini.

    Terdahulu, kemelut rumah tangga Aliff dan Bella akhirnya menemui titik noktah apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur, pada Khamis.

    Imbas kembali, Bella memfailkan perceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 11 Mac lalu.

    Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

    ALSO READ:  Isteri Along Cham ‘Anxiety’, Terus Kuat Demi Anak-Anak – ‘Isteri Mana Yang Boleh Tengok Suami Dia Jatuh’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts