Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDidi Astillah Titip Kata Semangat Buat Bella Astillah – ‘Ara & Ayden...

    Didi Astillah Titip Kata Semangat Buat Bella Astillah – ‘Ara & Ayden Selalu Bangga Dengan Mummy Mereka’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan penyanyi, Didi Astillah mencuri perhatian apabila berkongsi luahan hati buat kakaknya, Bella Astillah menerusi hantaran di Instagram (IG).

    Anak sumber kekuatan

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Didi Astillah (@didiangelastillah)

    Menerusi perkongsian yang dibuat, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah memuat naik video memaparkan dua anak kepada Bella iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang bersorak keriangan ketika menonton kemenangan ibu mereka di TikTok Awards Malaysia menerusi kaca televisyen.

    Ujar Didi, Ayden dan Ara merupakan sumber kekuatan kepada Bella untuk terus tabah berdepan ujian sebagai ibu tunggal.

    Sumber kekuatan kaklong untuk selalu bertahan dengan perjuangannya ialah Ara dan Ayden.

    Mereka selalu berbangga dengan mummy mereka tak kira apa sekalipun.

    Mereka adalah penyokong terbesar dalam hidup Kak Long (Bella Astillah).

    Tak mudah bergelar ibu tunggal

    Menerusi hantaran yang sama, pelantun lagu ‘Fikirkan Kamu’ memaklumkan adalah tidak mudah bagi seorang ibu tunggal seperti kakaknya itu untuk membesarkan dua orang anak sendirian.

    Yang kenal dan rapat dengan Kak Long tahu macam mana dirinya yang sebenar.

    Adik tahu selagi ada kudrat Kak Long di dunia ini, Kak Long nak besarkan Ara dan Ayden dalam keadaan sihat dan bahagia.

    Mungkin bukan mudah untuk ibu tunggal macam Kak Long untuk sentiasa kuat dalam hadapi apa-apa ujian, tapi keluarga, kawan-kawan dan anak-anak akan sentiasa memberi semangat untuk Kak Long sentiasa maju ke depan.

    Di akhir hantaran, Didi mendoakan agar kakaknya itu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

    Teruskan apa sahaja usahamu untuk mencari rezeki buat anak-anakmu.

    Semoga rezekimu selalu dilancarkan, semoga segala urusanmu dipermudah, semoga yang baik-baik sahaja di dunia ini buatmu.

    Semangat ya, Kak Long.

    Sekadar info, Bella mendirikan rumah tangga dengan Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden dan Ara.

    ALSO READ:  Kelab Peminat ‘Back Up’, Dakwa Ning Baizura Hanya Baca Komen Netizen – ‘Ini Masalahnya Bila Rekod Live Orang Bit By Bit’

    Walau bagaimanapun, jodoh pasangan ini tidak panjang apabila mereka sah bercerai buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 13 Jun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts