Pelakon dan pengacara, Didie Alias kurang bersetuju apabila aktres cantik, Anna Jobling diumumkan sebagai salah seorang juri bagi sebuah program lawak yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
‘Ramai lagi otai’
Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 52, berpendapat, masih ramai lagi barisan pelawak senior yang berpengalaman untuk duduk di kerusi juri.
Anna Jobling? Ramai lagi otai yang lain kot.
Didie meluahkan pandangannya itu menerusi komen yang ditinggalkan pada sebuah hantaran video memaparkan Anna diumumkan sebagai juri program berkenaan, baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, pelakon drama Maaf Tak Indah ini percaya keputusan memilih Anna adalah sebahagian daripada pemasaran dan nilai komersial.
Okay, mungkin untuk komersial ek.
Dalam pada itu, Didie turut meletakkan tanda pagar pada komen tersebut iaitu #SimpanAnugerahDalamPetiBesi.
Terdahulu, selepas diumumkan sebagai juri, Anna tampil memberi kenyataan apabila sedar ada segelintir pihak tidak bersetuju dan kurang senang dengan pemilihannya.
Tidak mudah melatah, Anna berkata, dia menganggap tanggungjawab yang diberikan sebagai satu rezeki dan akan berusaha sedaya upaya untuk mempelajari perkara baharu dalam karier seninya.