Terbaru, satu temu bual bersama Didie Alias di laman Instagram menjadi perbualan hangat oleh warga net.
Dalam rakaman yang dimuat naik dalam Instagram milik Kosmo, pelakon Didie Alias ada mengulas mengenai isu bakat baru dan cara menjaga nama dalam industri seni tanah air.
Bakat Baru Patut Bersyukur
Bagi Didie, dia menyifatkan bakat baharu seni lakon masa kini patut bersyukur kerana mudah mendapat laluan untuk memasuki industri berbanding dirinya dulu.
Didie berkata, dengan peluang yang senang diperoleh itu sepatutnya digunakan dengan baik, termasuk elakkan diri daripada kontroversi.
Tak ada otak. Bukan senang nak masuk industri. Saya dulu nak masuk susah sangat. Tapi, kalian sekarang dengan ada media sosial, senang nak bina nama.
Kalau ‘viral’ satu isu dah boleh terus dapat jadi pelakon, pelawak dan sebagainya.
Dalam video tersebut, Didie kelihatan kesal dengan sikap segelintir bakat baharu yang didakwa mencemar nama baik industri dengan kontroversi.
Contohi Siti Nurhaliza
Didie turut mengingatkan, usah sesekali meninggalkan kenangan ‘hitam’ sekiranya tidak kuat menghadapi segala cabaran dan dugaan sebagai penggiat seni dalam industri ini.
Sedangkan kami ini pula sebolehnya mencuba jaga nama baik industri sejak dari dulu sampailah sekarang.
Sebagai contoh, tengok Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diiktiraf sebagai Biduanita Negara, baru-baru ini.
Menurut Didie, dia sendiri kagum dengan sikap Siti yang dikenalinya sejak umur belasan tahun yang dilihat bijak membawa diri dengan baik sampailah berada pada tahap sekarang.
Bagi Didie, dia bertahan kerana dia mempamerkan identiti dirinya sendiri, malah dia juga turut berpesan kepada sesiapa yang ingin menjadi selebriti, janganlah buat kerja tak ada otak dengan memikirkan kesan sebelum melakukan sesuatu perkara.