Walaupun pasangan itu terus mendiamkan diri mengenai perkara itu, warganet terutamanya peminat mereka terus membuat spekulasi dan mencari jawapan untuk mengesahkan dakwaan tersebut.
View this post on Instagram
Melihatkan desas-desus tersebut kembali menjadi perbualan ramai, tular semula sebuah video yang menampilkan Aishwarya Rai dan Abhishek ketika menghadiri rancangan The Oprah Winfrey Show pada tahun 2009.
Ketika itu, Oprah menayangkan semula rakaman video hari perkahwinan mereka yang meriah itu berlangsung selama beberapa hari. Pada masa yang sama, Abhishek juga berkongsi beberapa siri upacara perkahwinan dijalankan hampir setiap hari selama 10 hari, yang kemuncaknya ditandai dengan lafaz 7 akad nikah di sekeliling api keramat.
Terkejut dengan sifat upacara yang rumit itu, Oprah berkata, “Perceraian akan menjadi rumit selepas ini”. Persoalan tersebut seolah-olah memberi gambaran orang luar terhadap perkahwinan di India, memandangkan mereka telah mengeluarkan belanja yang banyak dan bermain dengan emosi untuk majlis tersebut.
View this post on Instagram
“Kami tidak mencuba dan memikirkan perkara (perceraian) itu.”
Menjawab soalan Oprah, Aishwarya Rai menyatakan mereka tidak mencuba atau memikirkan soal tersebut. Walaupun menjawab dengan tenang tetapi sedikit tegas, jawapan Aishwarya Rai ini merupakan respon yang bijak untuk hentikan spekulasi orang ramai.