OMG! Betul ke dah cerai?! Berdasarkan khabar angin, rumah tangga pasangan popular Aishwarya Rai dan Abishek Bachchan dikatakan mengalami masalah dan dalam proses bercerai. Walaupun tiada lagi kesahihan tentang perceraian mereka, Aishwarya dilaporkan telah keluar dan meninggalkan rumah keluarga Bachchan.
View this post on Instagram
Menurut sumber terdekat, rumah tangga pasangan ini bertahan hanya kerana anak perempuan mereka iaitu Aaradhya. Manakala di rumah keluarga Bachchan, Aishwarya dan Abishek dikatakan tidur di bilik yang berasingan.
View this post on Instagram
Kini Aishwarya dikatakan tinggal dan meluangkan masa bersama ibunya. Sekadar info, sepanjang Aishwarya tinggal di rumah tersebut, dia tidak berkomunikasi dengan ibu mentuanya, Jaya Bachchan kerana tiada persefahaman pendapat.