Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDifitnah ‘Terpaling’ Jahat, Adira Suhaimi Naik Berang Dan Cabar Individu Itu Bersemuka Dengannya

    Difitnah ‘Terpaling’ Jahat, Adira Suhaimi Naik Berang Dan Cabar Individu Itu Bersemuka Dengannya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi Adira Suhaimi menegaskan bahawa dia sudah lama menahan sabar berdepan dengan fitnah yang dilemparkan kepadanya, tetapi kini dia tidak mahu lagi membisu terhadap tindakan individu yang gemar mempermainkan keadaan.

    Melalui perkongsian di platform TikTok, pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi, 32 tahun, naik berang dan mencabar individu tersebut untuk bersemuka dengannya jika benar-benar berani dan berada di pihak yang benar.

    “Kalau mahu cerita pasal saya yang ‘terpaling’ jahat, saya tak kisah tapi jangan lupa untuk cerita kejahatan kamu juga.

    “Janganlah kamu sahaja yang ‘terpaling’ tersakiti, kamulah mangsa dan semuanya kamu sajalah.

    “Awas ya! Lama saya diam. Jangan berani di belakang sahaja, kalau berani jumpalah saya depan-depan,” katanya dalam perkongsian TikTok.

    Dalam hantaran tersebut, penyanyi Takdir Tercipta itu memuat naik video memperlihatkan dirinya keluar dari sebuah kedai di pusat beli-belah sambil menjinjing kotak berupa barang permainan.

    Perkongsiannya mengundang persoalan dalam kalangan pengikut yang tertanya-tanya identiti individu dimaksudkan.

    Begitupun, rata-rata peminat yang meninggalkan komen meminta ibu kepada empat anak itu agar tidak menghiraukan individu toksik.

    Terdapat juga komen mengaitkan situasi dilalui Adira mempunyai kaitan dengan hal rumah tangganya dengan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu yang kini dalam proses perceraian.

    “Itulah, orang tak nampak ketika kita sabar, orang nampak kita ketika jadi jahat, jadi gorgon (gergasi),” tulis seorang netizen.

    “Jalan terus, bahagiakan diri sendiri. Yang toksik jangan layan,” ulas pemilik akaun lain.

    “Lawa-lawa macam ini lebih baik hidup sendiri dengan anak-anak lagi bagus. Mesti ada jodoh lain,” kata peminatnya.

    Sebelum ini nama Adira hangat kembali selepas bertegas mahu meneruskan perceraian dengan suaminya, Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu

    ALSO READ:  Aina Abdul Memenangi Anugerah Diva Terulung di KNKV Viral Award 2024
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts