Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDigelar Duda Paling ‘Hot’, Fattah Amin Syukur Atas Sokongan Ramai – ‘Tanpa...

    Digelar Duda Paling ‘Hot’, Fattah Amin Syukur Atas Sokongan Ramai – ‘Tanpa Mereka, Tidak Berdirilah Saya Di Sini’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon kacak, Fattah Amin semakin menjadi igauan para wanita lebih-lebih lagi selepas sah bercerai dengan aktres, Nur Fazura. Malah, ramai juga yang menggelarkan Fattah sebagai antara duda paling ‘hot’ di Malaysia.

    Fattah duda terhangat?

    Ketika ditemui Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung gelaran tersebut.

    Duda terhangat saya tak nak komen pasal itu. Terima kasih kepada semua peminat, tanpa mereka siapalah saya. Tak berdirilah Fattah Amin di sini.

    Namun dalam kesempatan itu, dia meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua individu yang sentiasa mendoakan serta memberi sokongan kepadanya.

    Alhamdulliah, sekarang saya rasa sangat terharu dengan keadaan ini. Saya nak ucap terima kasih kepada mereka yang sentiasa sokong kerjaya saya dari awal dulu sehingga sekarang. Terus doa yang baik-baik.

    Fattah berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem All Access To Rossa 25 Shining Years, yang berlangsung di ibu kota, pada Rabu.

    Fattah sibuk dengan karier, anak

    Mengulas perkembangan terkini dirinya, pelakon filem Pendekar Awang itu memaklumkan dia kini sedang menumpukan perhatian terhadap karier seni selain sibuk melakukan persediaan untuk melancarkan produknya sendiri.

    Saya sekarang sedang menubuhkan pasukan untuk memulakan perniagaan. Selepas itu, baru akan buat produk sendiri. Harap proses itu dilancarkan.

    Saya juga sibuk fokus karier dengan Fatimah. Itu sahaja jadual saya.

    Apabila ditanya mengenai sesi siaran langsungnya di TikTok baru-baru ini sehingga menerima 26 juta likes, pelantun lagu Wanita Terakhir itu mengakui dia langsung tidak menyangka mendapat sambutan yang menggalakkan.

    Niat saya buat live itu untuk ucap terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada saya.

    Pada masa yang sama, saya nak buat bisnes. Tapi saya tak sangka pula malam itu viewers dan likes saya sangat tinggi. Terima kasih kepada semua yang join live.

    Untuk rekod, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 Novemer 2017 dan pasangan ini bagaimanapun sah bercerai pada 7 Oktober lalu.

    ALSO READ:  Rossa Pernah Terdetik Nak Berhenti Menyanyi, Mahu Jual Aset & Menetap Di Luar Negara – ‘Rasa Sudah Tak Relevan’

    Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts