Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDigelar Penyanyi Istana Atau Diraja Dan Disangka Bayaran Harga Kayangan, Haziq Akui...

    Digelar Penyanyi Istana Atau Diraja Dan Disangka Bayaran Harga Kayangan, Haziq Akui Dia Dibayar Tidaklah Begitu Tinggi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Terdahulu, lagu Melayu asli dikenali dan dipersembahkan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 serta dijadikan selingan dalam persembahan teater bangsawan mahupun di dalam istana.

    Kemudian secara perlahan, rentak asli yang berentak mendayu berkembang hingga awal 2000, muncul pelbagai genre baru yang dikenali sebagai etnik kreatif.

    Namun begitu, Irama Malaysia terus menjadi seni karya agung yang menjadi tumpuan kepada seluruh rakyat Malaysia terutama kerana ia berkait rapat dengan tradisi dan budaya masyarakat Melayu.

    IKLAN

    Berbahas tentang hal ini, penyanyi lagu Irama Malaysia, Haziq Rosebi baru-baru ini mengakui bahawa gelaran penyanyi istana atau diraja yang diberikan segelintir pihak memang memberi tekanan dan berat baginya.

    Menurut laporan Berita Harian, Haziq menyatakan bahawa gelaran itu memberi tanggapan kepada penganjur acara bahawa bayaran yang tinggi dikenakan untuk menjayakan persembahan tersebut.

    “Apabila dilabel penyanyi istana, memang berat untuk bawa gelaran ini. Saya biasa-biasa saja, tapi bila ada label penyanyi istana memang ada rasa lain sedikit.

    “Ada yang beranggapan bila menyanyi di istana, bayarannya besar, tapi sebenarnya tidak sama sekali,” katanya.

    “Tetapi bayaran tidak sebegitu dan saya biasa-biasa saja,” katanya.

    Haziq, yang juga bekas peserta musim keempat program realiti, Akademi Fantasia (AF4) berkata, tidak semestinya bayaran datang daripada pihak istana sekiranya membuat persembahan di situ.

    Dalam pada itu, Haziq berharap pihak penganjur dapat menerima tanda harga yang ditetapkan kerana apa yang bakal dipersembahkan adalah pengalaman serta ilmu nyanyian yang diperoleh sejak 2006.

    “Saya sudah menyanyi sejak 2006 dan bukan baru bermula menjejakkan kaki dalam bidang ini. Boleh dikatakan saya ada pengalaman bertahun-tahun.

    “Kalau ada yang tanya kenapa bayaran tinggi walaupun menyanyi dua atau tiga lagu sahaja, sebenarnya saya jual pengalaman dan apa yang telah dipelajari sejak dahulu. Itu pun banyak modal yang perlu dikeluarkan.

    “Bagaimanapun, saya terbuka untuk melaksanakan sebarang acara di mana sahaja. Sama ada di sekolah, universiti, istana atau kenduri kahwin, saya terima, jadi harganya juga berbeza,” katanya.

    Haziq kembali mendapat perhatian sekitar tahun lalu selepas video menyanyikan lagu “Lemak Manis” dendangan asal Roslan Madun menjadi tular di media sosial.

    ALSO READ:  PMX Menghulurkan Bantuan Kepada Sarimah Ahmad & Dharma Harun – Harapan Afiyah Bagi Mereka
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts