Pelakon Mawar Rashid, atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30, sekali lagi menjadi tumpuan ramai di media sosial selepas berkongsi foto terbarunya di Instagram.
Dalam dua hantaran berbeza, Mawar memukau pengikutnya dengan penampilan anggun dalam gaun seksi berwarna merah jambu, lengkap dengan gaya terliuk lentuk yang menonjolkan pesonanya.
Aksi manja Mawar yang terkenal menerusi drama Tundukkan Playboy Itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata memuji kecantikan Mawar, yang memiliki darah kacukan Siam.
“Cantiknya. Macam Rosalinda Malaysia,” tulis seorang pengikut. Seorang lagi netizen menyatakan, “Cantik sangat Mawar. Ingatkan orang Sepanyol tadi.” Pujian ini menunjukkan betapa ramai yang terpesona dengan penampilannya yang menawan.
Namun, di sebalik gelombang pujian, tidak dapat dinafikan terdapat juga komen negatif yang menyentuh tentang penampilannya yang semakin seksi selepas tidak lagi memakai hijab.
Beberapa netizen melontarkan sindiran, menyatakan bahawa Mawar tidak kelihatan seperti seseorang yang sedang berdepan dengan masalah kecemasan atau ‘anxiety’ seperti yang pernah dikongsi sebelum ini. “Oh, inikah caranya untuk seseorang hilangkan anxiety? Baru tahu,” tulis seorang pengguna.
Sementara itu, seorang lagi menambah, “Inikah yang ada anxiety? Aku yang ada anxiety dan depresi pun tak ada nak seksi macam tu.”
Kehidupan peribadi Mawar juga menarik perhatian ramai, terutama setelah pengumuman perceraian dengan bekas suaminya, Raf Yaakob, yang dimuat naik di Instagram pada November lalu.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Radeb Muhammad, 5, Radeb Seri Rosabella Cinta, 3, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 2.