Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDihina Dan Dicaci Setiap Hari, Ira Kazar Ambil Pendekatan Berdiam Diri Lebih...

    Dihina Dan Dicaci Setiap Hari, Ira Kazar Ambil Pendekatan Berdiam Diri Lebih Baik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa sangka di sebalik segala kecaman dan makian yang datang melanda, ada hikmah besar dan rezeki yang tak disangka-sangka buat wanita bernama Ira Kazar ini.

    Walaupun dikenali ramai kerana kisah peribadi yang penuh kontroversi, Ira kini melangkah ke dunia seni dengan impian lama yang akhirnya bakal menjadi kenyataan, menjadi penyanyi!

    Ya, betul! Ira bakal mengeluarkan single pertama berjudul Tak Kisah hasil kolaborasinya dengan penyanyi berbangsa India, Allan D.

    Ira tak mampu menyorokkan kegembiraan dalam hatinya apabila menyentuh tentang lagu tersebut. Tak Kisah adalah lagu berentak rancak yang tidak ada kena-mengena langsung dengan kisah hidupnya, walaupun mungkin sesetengah orang akan cuba ‘mengkaitkan’ lagu tersebut dengan perjalanan hidupnya.

    “Ideanya tercetus secara tak sengaja, masa saya dan Allan tengah lepak santai. Dari situ lah terbitnya idea nak hasilkan lagu. Tapi jujurnya, saya hanya mampu berserah, suka atau tak suka, itu di luar kuasa saya,” ujar Ira, penuh rendah diri. Tapi, Ira yakin, dengan rentak lagu yang mudah ditangkap telinga, pendengar pasti akan menyukainya.

    Dari seorang yang lebih dikenali dengan kontroversi hidupnya, Ira sudah sebati dengan kecaman. Sejak berkahwin, bercerai, hingga kehidupan peribadinya sering menjadi bahan spekulasi, Ira seakan sudah kebal dengan kata-kata pedas netizen.

    Salah satunya adalah kritikan terhadap persembahan lagu Jangan Kau Mimpi pada satu acara anjuran Datuk Seri Aliff Syukri yang mengundang teguran daripada guru vokal, Adzrin Azhar. Kritikannya? Ira dikatakan terlalu ‘over confident’.

    Tapi, berbeza dengan banyak selebriti yang mungkin akan merasa sakit hati dengan teguran sebegitu, Ira menerima dengan hati terbuka. “Saya hargai teguran Adzrin. Takkanlah nak dengar yang baik-baik sahaja, kena juga dengar kritikan supaya saya tahu apa yang perlu diperbaiki,” katanya sambil tersenyum.

    Bukan hanya berterima kasih, Ira juga mengambil teguran tersebut dengan positif, bahkan sedang mempertimbangkan untuk mengikuti kelas vokal dengan Adzrin untuk mengasah bakat nyanyiannya yang masih jauh dari kesempurnaan. “Saya tengah belajar. Jangan risau, saya sedang berusaha,” katanya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts