Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDihujani Duit Raya Ketika Konsert! Ini Perkara Menarik Yang Berlaku di ‘DATO’...

    Dihujani Duit Raya Ketika Konsert! Ini Perkara Menarik Yang Berlaku di ‘DATO’ M.N45IR CIPTA 2

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Masih ramai yang tidak dapat ‘move on’ betapa gah konsert DATO’ M.N45IR CIPTA yang dibawakan oleh penganjur Icon Entertainment itu.

    Tenaga M. Nasir, seleksi lagu-lagu serta barisan pemuzik dan pasukan yang menghidupkan Konsert Dato M.N45ir Cipta masih dibanggakan sebagai konsert terbaik di pertengahan tahun 2024.

    ICON Entertainment dengan suka cita dan berbesar hati membawa sang legenda yang tiada duanya ini kembali menerusi satu lagi siri eksklusif konsert khas buat pencinta dan peminat sejati Mohamad Nasir Mohamed ini.

    Disifatkan sebagai extended version CIPTA, ia dinamakan sebagai Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2. Tanggal 12 Oktober 2024 dipilih sebagai hari perayaan seniman bersama peminat yang sekali lagi akan membuat seluruh Axiata Arena Bukit Jalil bergema. Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 yang berlangsung 12 Oktober 2024 iatu tempoh yang agak jauh berbanding banyak penganjuran dua hari mengikut permintaan yang tinggi adalah kerana menghormati konsert rakan industri yang terlebih dahulu sudah dimeterai.

    Berikut adalah antara momen menarik yang berlaku sepanjang konsert Datuk M. Nasir yang berlangsung di Axiata Arena pada Sabtu:

    Dihadiri Selebriti Tempatan

    Antara selebriti tempatan yang hadir memberikan sokongan adalah kumpulan Wings, Kumpulan Spider, Kumpulan Exists, Lah Ahmad, Dato Fauziah Nawi, Farah Ahmad, Azhan Rani, Akim Ahmad, Stacy, Anas Ridzuan, Amerul Affendi dan ramai lagi.

    Kemunculan Kid Search

    Kemunculan pemain gitar Search, Kid atau nama sebenarnya Hamzah Mohd Taib mengiringi lagu Fantasia Bulan Madu dan Isabella serta Tiara yang dipopularkan oleh Kumpulan Kris itu telah berjaya mendapat tepukan gemuruh daripada 8,000 penonton yang hadir.

    View this post on Instagram

    A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

    Dilengkapi 23 Pemuzik Hebat

    Barisan 23 pemuzik hebat melengkapkan lagi keunggulan malam CIPTA 2. Dengan bilangan lagu sebanyak 32 buah lagu, konsert berjalan dengan jayanya selama tiga jam.

    Mempersembahkan 32 Buah Lagu

    1. Pawana (search)
    2. Hukum Karma (wings)
    3. Rajawali terbang Tinggi
    4. Kias Fansuri
    5. Senyumlah Kuala Lumpur (Alleycats)
    6. Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)
    7. Malam
    8. Juwita
    9. Cinta Dewa Dewi (Spider)
    10. Fantasia Bulan Madu (Search)
    11. Isabella (Search)

    12. Tiara (Kris)
    13.Duit-duit/ gerhana
    14. Peronda jaket Biru (wings)
    15. Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi)
    16. Srikandi cintaku
    17.Awan nano
    18.Bonda
    19.Melawan Arus
    20.Bila Rumi Menari
    21.Apokalips
    22.Mentera Semerah padi
    23.Aduhai kasih Aduhai
    24.Mencurah Janji di Daun keladi
    25. Keroncong Untuk Ana 1
    26. Kenangan Lalu (Flybaits)
    27. Hati Emas
    28. Sentihan Listrikmu
    29.Mustika
    30. Sahabat Gua
    31.Ada
    32. SURPRISE!- SATU HARI DI HARI RAYA

    ‘Dihujani Duit Raya’

    Selain memberikan kejutan dengan menyanyikan lagu raya sebagai penutup malam konsert, penonton yang hadir turut dikejutkan dengan 10,000 sampul duit raya yang berisi RM1 yang diterbangkan dari bumbung Stadium Axiata Arena buat para penonton yang hadir.

    Untuk konsert kali ini para pemuzik serta penonton lengkap berpakaian denim biru dan warna putih yang merupakan tema untuk busana kali ini.

    Tahniah diucapkan kepada penganjur Icon Entertainment kerana telah menjayakan acara ini dan juga OPR NETWORK kerana menjemput MURAI hadir ke konsert. Kesempatan untuk menyaksikan persembahan hebat ini tentunya memberi inspirasi kepada peminat muzik di seluruh negara. Semoga lebih banyak lagi konsert seperti ini diadakan di masa hadapan, membawa lebih banyak keceriaan dan pengalaman indah kepada semua.



    Related articles

    Follow Us

    20,223FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts