Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDiiktiraf Top 4 Destinasi Pelancongan Mesra Muslim Dalam Kalangan Bukan OIC! Jom...

    Diiktiraf Top 4 Destinasi Pelancongan Mesra Muslim Dalam Kalangan Bukan OIC! Jom Jelajah Hong Kong!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) telah melancarkan kempen “Jelajah Hong Kong” untuk menarik pelancong Muslim dari Asia Tenggara berkunjung ke sana.

    So, min nak kongsilah sedikit sebanyak maklumat mengenai inisiatif yang HKTB dah buat untuk merealisasikan percutian mesra muslim impian korang.

    Hong Kong top 4 destinasi pelancongan mesra muslim

    Berdasarkan Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2024, Hong Kong berada di tempat ke-2 sebagai salah satu destinasi pelancongan yang selamat untuk dikunjungi oleh wanita muslim.

    Malahan, secara keseluruhan Hong Kong berada di tempat ke-4 dalam kalangan 20 destinasi negara bukan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) yang mesra muslim.

    HKTB komited sediakan kemudahan buat pelancong islam

    Bagi memastikan Hong Kong terus menjadi pilihan destinasi pelancongan mesra muslim, HKTB telah bekerjasama dengan Perbadanan Pemegang Amanah Dana Komuniti Islam Hong Kong (BOT), sebuah badan berkuasa pensijilan restoran Halal tempatan untuk meningkatkan persekitaran mesra Muslim di Hong Kong.

    Bukan itu sahaja, HKTB turut berkolaborasi bersama CrescentRating, iaitu syarikat pemasaran pelancongan Muslim terkemuka antarabangsa untuk menggalakkan lebih banyak hotel dan restoran menyediakan penginapan dan perkhidmatan mesra muslim.

    Chinesology: Restoran mewah pertama tawar makanan halal

    Salah satu pencapaian penting dalam sektor makanan dan minuman (F&B) Hong Kong adalah pengiktirafan Chinesology sebagai restoran “Halal-Friendly”.

    Pengiktirafan ini telah diberikan oleh BOT,  setelah memeriksa menu, pemilihan bahan, perkakas dapur, melalui kerjasama rapat dengan HKTB.

    Ada 20 hidangan Cina yang telah disahkan halal, termasuk menu makan tengah hari dan makan malam sekaligus, membolehkan pelancong Muslim menikmati hidangan mewah Cina dengan yakin.

    Can we have Encik Saito Chau image cooking? Corporate image also okay.

    ALSO READ:  [VIDEO] Naim Daniel Hadir Dengan Band MUAH!, Lancar Single ‘BBF’

    Encik Saito Chau, Pengarah Kulinari Chinesology, menyatakan bahawa banyak pelanggan Muslim belum berpeluang untuk mencuba masakan Cina. Oleh itu, pihak restoran berusaha untuk memberikan pengalaman kuliner yang membolehkan pelancong Muslim merasai keunikan masakan Cina dengan rasa yang autentik.

    Proses pensijilan halal mereka melibatkan reka bentuk menu, pemilihan bahan, perkakas dapur, dan kerjasama rapat dengan HKTB serta nasihat profesional daripada BOT.

    Selain Chineselogy, ada banyak lagi restoran mesra muslim yang korang boleh pergi di Hong Kong, antaranya:-

    1. Bombay Dreams: Restoran India pertama di Hong Kong yang menerima pengiktirafan Michelin Guide Bib Gourmand, menawarkan masakan India dengan sentuhan moden.

    2. Imperial Patisserie: Menyajikan pastri halal yang disahkan tanpa bahan daging atau lemak khinzir.

    3. Kantin Pusat Islam di Pusat Islam Omar Ramju Sadick: Menawarkan masakan popular Halal cina, termasuk dim sum dan hidangan lain pada harga yang berpatutan.

    4. MAMTOM: Restoran Vietnam yang menghidangkan masakan panas dengan rasa autentik.

    5. Marouf & Puff Bake: Kafe berdekatan Masjid Kowloon yang menyajikan kopi dan pastri halal.

    6. PASTEAKO: Restoran Itali (halal) dengan pasta buatan sendiri dan stik kering selama 21 hari.

    Jom jelajah Hong Kong

    Selain makanan, Hong Kong juga terkenal dengan pelbagai destinasi pelancongan menarik di mana korang boleh jamu mata sambil buat aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan.

    1. Masjid Kowloon: Masjid terbesar di Hong Kong dengan kapasiti 3,500 jemaah dan seni bina yang menakjubkan.

    2. Masjid Ammar dan Pusat Islam Osman Ramju Sadick: Masjid yang mempunyai kepentingan budaya dan sejarah, boleh menampung lebih 1,500 orang.

    3. Hong Kong Disneyland: luangkan masa bermain dan beriadah dengan keluarga dan rakan (turut disediakan ruang solat dan restoran halal seperti Tahitian Terrace)

    4. Pulau Cheung Chau: Terkenal dengan Festival Roti Ban dan pantai yang cantik.

    5. Aqua Luna: Belayar di Aqua Luna sebuah pelabuhan yang menawarkan pemandangan indah Hong Kong di waktu malam.

    6. Central Market: Pasar besar di mana korang boleh makan dan beli-belah hasil kraftangan penduduk tempatan.

    7. Ngong Ping Village: Menempatkan Patung Besar Buddha dan Biara Po Lin.

    8. Kampung Nelayan Tai O: Kampung terapung yang memaparkan cara hidup nelayan tradisional.

    Excited nak berkunjung ke Hong Kong?

    ALSO READ:  Masih Diganggu Lelaki Gatal, Rozita Che Wan Pesan Kaum Wanita Kena Ada Sifat Malu – ‘Tengok Benda Haram Memang Elok’

    Layari  DiscoverHongKong muslim travel untuk dapatkan maklumat berkaitan tiket penerbangan, makanan, penginapan, kemudahan solat, pengalaman budaya dan aktiviti yang korang boleh buat dekat sana.

    Selamat bercuti semua!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts