Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDikatakan Penghasilan Tanpa Motif, Penulis Lirik Nirmala, Puji Melodi “Alamak Raya Lagi”...

    Dikatakan Penghasilan Tanpa Motif, Penulis Lirik Nirmala, Puji Melodi “Alamak Raya Lagi” Kelihatan Segar Dan Muda

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini penyanyi nasyid yang juga penggiat industri seni, Cheb Ali Masrawi mempersoalkan mengenai kewajaran lagu Alamak Raya Lagi yang dinyanyikan oleh trio De Fam.

    Dihasilkan Tanpa Motif Yang Jelas

    via Butiful Nara

    Cheb berkata, Alamak Raya Lagi! seolah-olah dihasilkan tanpa motif yang jelas.

    Anak Melayu sendiri nyanyi lirik macam ini, apa mesej yang mereka nak sampaikan? Sepatutnya Alhamdulillah…bukan Alamak Raya Lagi!

    Cheb juga berkata, lirik lagu ini juga seakan menggambarkan anggota De Fam tidak melakukan persediaan untuk menyambut ketibaan hari raya Aidilfitri.

    Saya faham tak buat persediaan adalah idea utama lagu ini. Tapi, masalah utama yang saya nampak adalah lirik digunakan tidak sesuai dengan sambutan perayaan yang mulia macam seperti hari raya Aidilfitri.

    Kedengaran Seperti Pantun Atau Seloka

    via Harian Metro

    Dalam pada itu, menurut Harian Metro, Che Kem yang merupakan penulis lirik lagu Nirmala nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan lagu ini boleh dipuji daripada segi melodi dan komposisinya. Ia segar dan muda.

    Jika diamati lenggok dalam lagu ini, ada disuntik lenggok kemelayuan dan sesuai dengan rima. Ia kedengaran seperti pantun atau seloka.

    Menurutnya, secara keseluruhan dia melihat lagu ini mahu membangkitkan suasana kecoh dan meriahnya suasana menjelang Raya.

    Terdahulu, lagu Raya alaf baru yang ‘catchy’ dari trio dianggotai Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana ini berjaya menambat hati netizen sehingga tular di media sosial ketika ini.

    Sehingga kini, Muzik Video lagu Alamak Raya Lagi sudah mencecah tontonan lebih 1 juta di platform YouTube selepas dilancarkan.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts