Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDikecam Kerana Tayang Isteri Di Media Sosial! Netizen Tampil “Back Up” Fizi...

    Dikecam Kerana Tayang Isteri Di Media Sosial! Netizen Tampil “Back Up” Fizi Ali

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Terdahulu, Fizi Ali mengumumkan perkahwinannya dengan Siti Zulaikha, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan pada 23 Oktober tahun lalu.

    Siti Zulaikha Mengembalikan Kebahagian

    via Instagram Fizi Ali

    Fizi turut mengakui perkahwinan kali keduanya dengan Siti Zulaikha mengembalikan semula kebahagiaan dalam hidupnya.

    Menurut Harian Metro, Fizi berkata sejak bercerai, hidupnya ibarat terumbang-ambing dan menangis hampir setiap hari kerana merindui anaknya, Nurul Ameena Sofia.

    Terbaru Fizi ada memuat naik satu hantaran gambar bersama isterinya itu dengan meletakkan ‘caption’ yang ‘sweet’ di halaman Instagram miliknya.

    Oh, bulan, hanya dirimu
    Yang menyaksikan segalanya
    Oh, bulan, tolonglah daku
    Katakan padanya, ku cinta dia

    Dalam gambar tersebut, dari senyuman yang ditonjolkan, jelas menunjukkan kegembiraan yang terpancar dimuka kedua-dua pasangan ini.

    Individu Meninggalkan Komen Negatif

    via Instagram Fizi Ali

    Tetapi dalam pada Fizi berkongsikan gambar itu, ada sesetengah netizen yang seolah-olah memberikan kata-kata negatif dan turut menulis beberapa komen yang tidak elok kepada pasangan ini.

    Benda baru. Memang la semua wangi. Tak perlu tayang sangat sayang awak tu.

    Tak suka isteri baru dia ni. Jauh nampaj Kila lagi bagus.

    Nanti cerai keluar pula kebusukkan dia. Tunggu dan lihat.

    Komen negatif yang ditinggalkan oleh sesetengah individu mendapat perhatian dari kalangan netizen sendiri.

    Netizen Tampil ‘Back Up’ Fizi Ali

    via Instagram Fizi Ali

    Sebahagian dari netizen turut tampil ‘back up’ Fizi Ali dengan menyelar kembali tindakan individu yang meninggalkan komen negatif terhadap hantaran gambar tersebut.

    Sebenarnya betul la tu, tak perlu pun pergi dekat Instagram orang hanya untuk meninggalkan kecaman. Kalau tak suka, jangan tengok, tak perlu ‘follow’. Jagalah kesihatan mental dan hati masing-masing.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts