Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDikecam Tanpa Belas Ihsan, Keluarga ‘Abang Bas’ Nak Saman Selebriti & Warganet

    Dikecam Tanpa Belas Ihsan, Keluarga ‘Abang Bas’ Nak Saman Selebriti & Warganet

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak dan membuat komen bersifat jelik terhadap video yang dimuat naik, seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’ telah dibebaskan selepas bayaran jaminan sebanyak RM40,000 dibuat di Kompleks Mahkamah Muar, hari ini.

    Mahu ambil tindakan undang-undang

    Terbaru, memetik laporan Harian Metro, keluarga ‘Abang Bas’ mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti, yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan pihak polis.

    Menurut peguam secara probono, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, tindakan itu akan diambil selepas ahli keluarganya menerima kecaman daripada warganet susulan kes dihadapi Abang Bas.

    Tambah Zaharil, individu terbabit masih berkesempatan untuk membuat permohonan maaf kepada keluarga Abang Bas sekiranya tidak mahu tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

    Semuanya bergantung kepada subjek ahli keluarganya, sebab selama ini, pelbagai kecaman dibuat di media sosial terhadap Abang Bas.

    Sudah tentu kita sudah mengenal pasti mereka…ramai, keluarga mengarahkan mereka (warganet) disaman. Kenapa tidak (saman selebriti)? mereka tidak ada peluang untuk membela diri ketika itu.

    Pecahlah mana-mana tabung yang ada, kira siap-siap, jadi senang nak kira nanti. Selama ditahan, dia dikecam sehebat-hebatnya tanpa belas ihsan.

    Berbicara lebih lanjut, Zahiril memberitahu bahawa pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan kembali bas yang dipandu pemuda itu yang kini disita polis untuk siasatan lanjut.

    Pada masa yang sama, pihaknya juga akan berusaha mengemukakan rayuan bagi mengurangkan ikat jamin yang dikenakan.

    Saya simpati dengan apa yang dilalui Abang Bas dan selepas berjumpa dengannya, saya minta dia bersabar kerana saya akan bantunya.

    Untuk mensabitkannya, kita jangan melihat daripada satu perspektif sebaliknya keseluruhan. Adalah tidak adil bila anda tidak mengenalinya (Abang Bas) tetapi membuat pelbagai andaian di media sosial.

    Terdahulu, pemuda berusia 24 tahun itu pulang ke pangkuan keluarga selepas proses jaminan selesai sepenuhnya pada pukul 11.55 pagi tadi dengan diwakili Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Muhammad Hariz Md. Yusoff.

    ALSO READ:  [VIDEO] Shakilla Khoriri dengan Hati Lembut, Izinkan Fizi Ali Jumpa Ameena Empat Hari – 'Saya Ingin Bawa Jumpa Hari Ini, Jika Boleh'

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts