Sekadar gambar hiasan
Tiada persefahaman, pasangan curang dan campur tangan mentua antara punca utama berlakunya perselisihan faham antara suami isteri sehingga menjuruskan ke arah perceraian.
Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa terkilan dengan layanan yang diberi oleh keluarga mentuanya.
Keluarga mentua bermasalah
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian di aplikasi X, wanita itu akui tidak akan pernah lupa apa yang dilakukan keluarga mentua terhadap dirinya dan suami. Lebih mengejutkan apabila dia mendedahkan bahawa keluarga mentuanya juga pernah cuba melakukan pelbagai cara untuk membuatkan dia dan suami berpisah.
Mak suami saya paksa kitorang duduk sekali dekat rumah dia. Saya tak selesa sebab ramai dalam rumah. Kemudian suami sediakan semua keperluan lepas kami berkahwin tapi mentua dan adik beradik suami tak boleh terima semua tu. Diorang cakap saya nak kikis duit.
Mereka sumpah seranah saya, suami dan anak yang masih dalam perut ketika itu. Mereka ganggu emosi saya, teks bukan-bukan dekat suami suruh tinggalkan saya.
Namun wanita ini bersyukur kerana memiliki seorang suami yang sangat memahaminya malah sanggup mempertahankan rumah tangga walaupun ditentang oleh keluarganya sendiri.
Sekarang kami bahagia, jauh dari keluarga suami. Tak pernah berjumpa pun tapi saya tak pernah halang suami untuk berjumpa keluarga dia. Tapi saya tak nak anak saya ada kena mengena dengan mereka.
Sebelum ni, bapa suami pernah cakap dia tak akan sayang anak saya macam cucu-cucu yang lain.
Walau bagaimanapun, wanita ini akui buntu tidak tahu apa yang perlu dilakukannya lebih-lebih lagi apabila ada pihak yang menuduhnya pentingkan diri kerana memisahkan hubungan anaknya dan keluarga suami.
Orang tak tahu apa yang saya lalui, orang tak akan faham selagi mereka tak lalui apa yang saya rasa.