Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDiminta Ubah Gaya Penyampaian Oleh Produser, Vanessa Reynauld Hadir Dengan ‘Erti Rindu’

    Diminta Ubah Gaya Penyampaian Oleh Produser, Vanessa Reynauld Hadir Dengan ‘Erti Rindu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sejak mula menjadi artis rakaman beberapa tahun lalu, dirinya semakin hari semakin dikenali ramai.

    Apatah lagi, pemilik nama Vanessa Reynauld merupakan seorang wanita yang mempunyai banyak pengikut di media sosial.

    Kembali Dengan Karya Baharu

    Ini semua berkat bakatnya yang luar biasa dan kehebatan vokalnya yang memukau. Malah Vanessa pernah memenangi anugerah Artis Baharu Terbaik di acara penuh berprestij, Anugerah Industri Muzik pada tahun 2022.

    Kini, Vanessa kembali dengan sebuah lagi karya baharu berjudul ‘Erti Rindu’ buat para pencinta seni muzik tempatan.

    Lagu yang dicipta dan diterbitkan sepenuhnya oleh Affan Mazlan itu merupakan sebuah balada yang dijangka mampu mencuri perhatian para pendengar.

    Saat ditanya tentang proses rakaman, Vanessa tidak menafikan bahawa terdapat beberapa cabaran untuk menyiapkannya.

    Diminta Untuk Ubah Gaya Penyampaian

    via Sony Music Malaysia

    Bagi Vanessa, kebiasaannya dia akan sentiasa cuba menyampaikan lagu mengikut gaya persembahan dan nyanyiannya tersendiri.

    Namun kali ini semasa bekerjasama dengan Affan Mazlan selaku produser dan pencipta lagu, dia diminta untuk mengubah gaya penyampaiannya.

    Ini kerana Affan telah pun mempunyai gambarannya yang tersendiri tentang cara ia ingin lagu ini dipersembahkan.

    Lantas, dalam rakaman lagu ini sebutan dan lontaran suara saya lebih bulat dan penuh seperti yang diminta Affan.

    Malah ia ada sedikit bayangan seperti lagu-lagu yang dinyanyikan penyanyi dari seberang, Mahalini.

    Sahut Cabaran

    Namun Vanessa sahut cabarannya dan berjaya memberikan apa yang diminta penerbit.

    Vaneesa berharap para pendengar akan menerima lagu ini dengan hati yang terbuka dan menyukai karya ini seperti mana dia menyukainya.

    Lebih penting, dia mengharapkan semua orang boleh merasai maksud lagu ini dan akan memutarkannya berkali-kali.

    ALSO READ:  Mona Allen Dilabel ‘Diva’ Gara-Gara Pakai Barang ‘Makeup’ Sendiri, Elak Daripada Dijangkiti Herpes – ‘Kita Kena Side Eyes’

    ‘Erti Rindu’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts