Seorang wanita berusia 40-an hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia berasa tidak senang hati apabila pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, memaksanya untuk menghantar beberapa keping gambar.
Memetik laporan penuh Berita Harian, saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu dalam kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew berkata, demikian di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Analia Kamaruddin dalam pemeriksaan utama meminta saksi itu membacakan kandungan mesej yang dihantarnya kepada Lew iaitu “da msj kt IG” pada tangkap layar aplikasi WhatsApp.
Wanita itu berkata dia menghantar mesej tersebut untuk meluahkan rasa tidak senang hati dan berdosa kerana di belakang suami, dia melayan Lew yang memaksanya untuk menghantar beberapa keping gambar.