Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDipuji Satu-Satunya Selebriti Miliki Gaya Hidup Seimbang Dunia Akhirat, Fadzilah Kamsah Sanjung...

    Dipuji Satu-Satunya Selebriti Miliki Gaya Hidup Seimbang Dunia Akhirat, Fadzilah Kamsah Sanjung Alif Satar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sepanjang membangun namanya dalam kerjaya seni, Alif Satar dilihat bersih daripada sebarang cerita sensasi.

    Sejak muncul dalam program realiti One In A Million (OIAM) ketika berusia 16 tahun hinggalah berstatus suami dan bapa, Alif ‘bersih’ gosip serta meniti populariti dengan bersandarkan bakat.

    Mengetengahkan bakat sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara, ramai sebenarnya yang amat menggemari tingkah laku peribadinya sebagai sosok lelaki mahupun contoh selebriti tanpa kontroversi.

    Bagaimanapun penyanyi dan pelakon Alif Satar enggan menangguk di air keruh berhubung komen pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah yang memujinya sebagai contoh lelaki terpuji.

    Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 33, berkata, secara peribadi dia kurang berasa selesa apabila namanya dikaitkan atas kisah kesengsaraan orang lain.

    “Saya segan, tak ‘best’ sebenarnya hal pujian datang daripada berita negatif orang lain. Jika ‘fun’ dan kelakar di media sosial tapi orang lain punya kehidupan terjejas, banyak hati yang terguris. Netizen pun komen pedas-pedas dan kelakar.

    “Saya tak suka komen sebab saya tahu pun apa nasib saya pada masa depan, pengakhiran saya tak tahu bagaimana. Datuk Dr Fadzilah komen itu alhamdulillah segala pujian bagi Allah, saya tak rasa patut berbangga dengan pujian ini.

    Alif akui dia ada terima mesej daripada peminat mengenai hal itu juga tapi tidak terkesan. Bagaimanapun, dia tetap mengambilnya sebagai pedoman dan peringatan buat dirinya.

    “Saya pun terkejut apabila dapat mesej atau komen yang bertanya bila saya bernikah lain. Mana ada orang sempurna. Ini pun nasib baik Allah tutup aib saya. Buka aib saya macam mana?

    “Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa kepada saya. Jadi, saya tak berani hendak kata apa-apa. Bila perkara ini jadi, ia sebagai muhasabah kepada diri sendiri,” katanya.

    Terdahulu, Fadzilah menerusi sebuah hantaran memuji penyanyi Lelaki Seperti Aku itu memiliki keperibadian yang baginya cukup disanjunginya.

    ALSO READ:  [VIDEO] Komen Alif Satar Mengenai Isu Alif Teega-“Allah Tutup Aib, Tidak Tahu Apa Akan Jadi Kalau…”

    Kebetulan, isu pempengaruh Alif Teega yang berkahwin dua kala ini sedang hangat diperbualkan.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts