Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDirancang Sejak Tahun Lalu, Syafie Naswip Sah Bergelar Suami Kepada Model Dan...

    Dirancang Sejak Tahun Lalu, Syafie Naswip Sah Bergelar Suami Kepada Model Dan Pelakon

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon Syafie Naswip kini sudah sah menjadi suami kepada pilihannya, model dan pelakon, Nur Afiqah Ishak di Dewan Wilqadry, Putrajaya pada jam 11.04 pagi tadi.

    Disiarkan Secara Langsung Di Instagram

    via Instagram Syafie Naswib

    Majlis akad nikah disiarkan secara langsung melalui akaun Instagram (IG) milik Syafie dan hanya dihadiri oleh keluarga serta kenalan terdekat.

    Mengikut Astro Awani, dalam majlis yang diadakan secara sederhana itu, Syafie menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan resmi bergelar suami kepada Nur Afiqah dengan sekali lafaz.

    Selepas majlis akad nikah itu selesai, Syafie kelihatan emosional sehingga menitiskan air mata ketika membaca lafaz taklik, iaitu perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak.

    Pada majlis tersebut, Syafie dan Nur Afiqah memakai pakaian pengantin warna putih.

    Dirancang Setahun Yang Lalu

    via Instagram Syafie Naswib

    Melihat kepada ruangan komen dalam sesi siaran langsung di IG Syafie yang ditonton lebih 1,500 pengikut, ramai yang turut meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah atas pernikahan mereka.

    Sebagai makluman, semalam Syafie berkongsi di IG miliknya yang dia akan membuat satu pengumuman khas pagi ini.

    Menerusi perkongsian individu dikenali Pawi yang mengendalikan siaran langsung di IG Syafie, dia memaklumkan, perkenalan mereka bermula ketika menjalani penggambaran bersama, beberapa tahun lalu.

    Malah, Pawi berkata, majlis pernikahan yang diadakan hari ini sudah dirancang sejak tahun lalu.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts