Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDisangka Banyak Tawaran Menyanyi Dapat Bayaran Lumayan, Tetapi Tidak Sesen! Amir Masdi...

    Disangka Banyak Tawaran Menyanyi Dapat Bayaran Lumayan, Tetapi Tidak Sesen! Amir Masdi Dedah Terpaksa Tipu Ibu Bapa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkembangan teknologi digital pada masa ini diakui membuka banyak peluang untuk artis berkarya sehingga membolehkan ada dalam kalangan mereka bergelar jutawan.

    Manakan tidak, seorang penyanyi ketika ini hanya memerlukan sebuah single terbaik untuk dimuat naik di YouTube sebelum mereka bakal menerima durian runtuh daripada penyedia platform terbabit.

    Berbeza penyanyi terdahulu, mereka bukan saja perlu memiliki banyak lagu, tetapi berdebar menantikan penjualan album untuk layak menerima royalti.

    Perubahan masa di era milenium ini ternyata memudahkan penyanyi generasi baharu atau lebih dikenali budak-budak baru nak up (BBNU) untuk meraih pendapatan apabila mereka memerlukan jumlah tontonan tinggi untuk menukarkannya menjadi wang.

    Tetapi semuanya tidaklah semudah yang disangka. Kata orang setiap manusia dikurniakan rezeki dan peluang yang berbebza-beza.

    Ada yang sangat mudah perjalanan kerjayanya ada yang terpaksa bermula dari bawah sehingga tiada langsung bayaran diberikan setelah berhempas-pulas bekerja seharian.

    Menceritakan soal ini, baru-baru ini penyanyi Amir Masdi mendedahkan terpaksa berbohong dengan kedua ibu bapanya bahawa dia tidak mendapat sesen pun bayaran membuat persembahan pentas, sewaktu awal pembabitannya dalam bidang seni.

    Malah, untuk mengaburi mata mereka, Amir atau nama lengkapnya Amir Syazwan Masdi terpaksa tidur di studio, seolah-olah dia sedang sibuk kerana mendapat banyak tawaran menyanyi.

    “Perkara ini saya tidak pernah ceritakan pada sesiapa, malah ibu bapa saya sendiri pun tidak tahu. Ketika awal-awal bergelar artis, selepas selesai sahaja membuat persembahan, saya akan tanya pengurus soal bayaran.

    “Tapi pengurus cakap tidak ada (bayaran). Pergi sana sini, menyanyi banyak lagu tapi percuma sahaja. Ketika itu saya fikir macam inikah nasib penyanyi yang mana bersusah payah menyanyi tapi tidak ada bayaran,” katanya.

    Ujar juara program Akademi Fantasia 2016 itu lagi, setiap kali pulang ke rumah, ibu bapanya akan gembira kerana menyangka dia mendapat bayaran kerana dihujani dengan banyak tawaran membuat persembahan.

    ALSO READ:  Da’i Syed Nak Pengsan Tengok Isteri Bersalin Depan Mata – ‘Wanita Hebat, Melahirkan Zuriatku’

    Namun hakikatnya, dalam hati hanya dia sendiri yang tahu dan terpaksa memendam kenyataan sebenarnya kerana enggan orang tuanya risau.

    “Apa yang sedihnya, balik rumah mak ayah gembira sebab saya ada ‘show’ dan mestilah mereka fikir dapat bayaran. Kalau mereka tanya, saya hanya cakap ada. Dalam hati saya sendiri yang tahu. Saya tidak mahu mereka risau. Jadi, saya pendam saja.

    “Saya tidak mahu terkurung di rumah dan menganggu fikiran kerana tidak bekerja. Jadi, saya memilih untuk berada di studio agar kelihatan sibuk dan banyak kerja, selain mahu mengelak ditanya oleh ibu bapa.

    “Pendek kata, saya sebenarnya sibukkan diri untuk kaburi pandangan keluarga. Tetapi dalam masa sama, di studio saya nak dapatkan pendedahan dan belajar banyak perkara berkaitan muzik,” katanya.

    Amir yang popular menerusi lagu Debu itu bagaimanapun terpaksa tabah dan perlu sentiasa berfikiran positif dengan memujuk diri, apa yang berlaku adalah sebagai pengalaman untuk dia memperbaiki diri.

    “Waktu itu saya cakap pada diri, ini adalah platform (menyanyi) untuk saya timba pengalaman dan memperbaiki diri.

    “Ini adalah ujian, saya ambil sebagai halangan yang perlu hadapi. Mungkin masa itu saya dapat pengalaman dan pendedahan,” katanya.

    Sebelum ini, Amir, 28, pernah dua kali menjadi finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) iaitu menerusi lagu Kau Sakiti pada AJL35 dan Debu duet bersama Dayang Nurfaizah pada AJL37. Selain itu, Amir juga menjadi naib Juara pada program The Masked Singer Malaysia musim kedua.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts