Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDisangka Sudah Menjalin Cinta Dengan Jejaka Muda Dan Kacak, Hidayah Balu Arwah...

    Disangka Sudah Menjalin Cinta Dengan Jejaka Muda Dan Kacak, Hidayah Balu Arwah Abam Bongkar Siapa Lelaki Ini!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Memang benar, jodoh susah ditentukan oleh Allah S.W.T. Jodoh, rezeki, dan ajal adalah antara perkara yang sudah termaktub dan sebahagian daripada takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

    Takdir pula disebut dalam bahasa Arab sebagai ‘qadar’ iaitu suatu ketetapan atau keputusan. Beriman kepada qada dan qadar Allah S.W.T. adalah satu daripada enam rukun iman yang wajib bagi setiap muslim. Rasulullah S.A.W. telah bersabda di dalam sebuah hadis yang bermaksud:

    “Iman itu ialah engkau percaya kepada Allah, para Malaikatnya, kitab-kitabnya, para Rasulnya, hari akhirat, dan engkau percaya kepada qadar yang baiknya ataupun yang buruk”.

    (Hadis Riwayat Muslim)

    Maka jelas daripada hadis di atas, beriman kepada qadar (ketetapan) adalah sebahagian daripada enam rukun iman yang wajib diimani. Tidak beriman dengan salah satu rukun akan menyebabkan keimanan kita tidak lengkap.

    Jodoh dari segi bahasa bermaksud pasangan hidup. Jodoh biasa digunakan bagi merujuk kepada pasangan kita sama ada suami atau isteri.

    Ada yang belum kahwin dan masih bujang, kemudian dia bertemu jodoh dengan seseorang. Itu namanya jodoh. Ada yang sudah kahwin bertahun-tahun kemudian bercerai atau pasangan mereka meninggal dunia, itu juga namanya jodoh. Bezanya adalah jodoh mereka tidak panjang.

    Berbahas soal ini, bagi menjawab teka-teki balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Hidayah Hamzah yang disangka telah bertunang dengan seorang jejaka misteri kini terjawab apabila lelaki tersebut rupa-rupanya adalah anak saudaranya.

    Perkara itu terbongkar selepas tular komen seorang pengguna dalam Facebook yang menegur fizikal lelaki itu lebih tinggi berbanding ibu saudaranya (Hidayah).

    “Anak saudara lebih tinggi daripada Dayah (Hidayah). Macam mana tu?” komen seorang wanita.

    Hidayah kemudian dilihat membalas komen tersebut dengan memberitahu sengaja bergambar dengan anak saudaranya kerana mahu membandingkan ketinggian lelaki itu dengannya.

    ALSO READ:  Hidayah Kongsi Foto Di Atas Pelamin Dengan Seorang Jejaka, Beri ‘Hint’ Sudah Bertunang?

    Seorang lagi pengguna Facebook kemudian memberitahu bahawa, Hidayah belum lagi bertunang seperti yang dikhabarkan media baru-baru ini.

    Namun ibu tunggal kepada seorang cahaya mata itu telah terbuka hati untuk mencari seseorang pada tahun ini.

    “Dayah cakap tahun ini baru dia terbuka hati untuk lelaki. Tapi dia tak cakap pun ada jumpa siapa-siapa,” komen wanita tersebut.

    Terdahulu, Hidayah mencetuskan tanda tanya selepas berkongsi foto berada di atas pelamin sambil memegang bunga tangan bersama seorang lelaki bersongkok.

    Perkongsian wanita itu menerima banyak ucapan tahniah apabila disangka telah mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya.

    Terdahulu, Hidayah mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Allahyarham Abam pada 2017.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts