Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDisebut Jelmaan Kate Middleton? Penampilan Dayang Anisha Selepas Kahwin Curi Perhatian

    Disebut Jelmaan Kate Middleton? Penampilan Dayang Anisha Selepas Kahwin Curi Perhatian

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Adakah Dayang Anisha Rosnah disebut sebagai jelmaan Kate Middleton?

    Putera Mateen dan Dayang Anisha dilihat keluar bersama buat pertama kali sejak perkahwinan mereka. Bukanlah penampilan Putera Mateen, tetapi penampilan si puteri ini yang mencuri perhatian. Disebabkan penampilannya, ramai yang menyebut Anisha tidak ubah seperti Kate Middleton. Adakah Anisha mendapat inspirasi daripada Kate Middleton?

    Foto – IG @support.anishaik

    Puteri Brunei berusia 29 tahun itu kelihatan anggun dengan blazer putih dan gaun midi sifon daripada jenama Selfi Portrait, yang kebetulan jenama British kegemaran Kate Middleton. Anisha melengkapkan penampilan dengan beg Lady Dior dan sepatu J’adior Cream Slingback.

    Bila dilihat, Anisha sangat mirip dengan gaya Kate ketika pembukaan semula National Portrait Gallery Jun tahun lepas. Nampak gaya, Anisha turut mengambil inspirasi fesyen daripada Puteri British itu.

    Foto – Getty

    Sementara itu, Putera Mateen kelihatan segak dengan kemeja hitam dan seluar krim. Lelaki berusia 32 tahun itu melengkapkan penampilannya dengan kasut dari Loro Piana.

    Nampaknya, Anisha kini menjadi puteri baru yang penampilannya bakal menjadi tumpuan dunia.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts