Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDiserang Kegelisahan Melampau Sehingga Tak Dapat Tidur 4 Hari, Shila Enggan Trauma...

    Diserang Kegelisahan Melampau Sehingga Tak Dapat Tidur 4 Hari, Shila Enggan Trauma Lampau Ganggu Emosi Dan Kehamilan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Keletihan disebabkan oleh kerisauan adalah petanda individu sedang mengalami anxiety.

    Anxiety adalah masalah kerisauan yang melibatkan perasaan terhadap perkara yang belum berlaku. Penderita cenderung terlalu memikirkan perkara yang tidak baik atau tidak diingini akan berlaku.

    Trauma akibat peristiwa yang tidak menyenangkan juga boleh menjadi punca utama seseorang mengalami masalah anxiety.

    Contohnya, penyanyi Shila Amzah mengalami kesukaran untuk tidur akibat kegelisahan yang terlampau.

    Shila atau Nurshahila Amir Amzah, selain anxiety, perubahan emosi juga antara sebabnya tidak mendapat tidur yang lena.

    “Anxiety ketika hamil bukan satu gurauan. Saya tidak mempunyai tidur yang nyenyak sejak empat hari lalu.”

    “Saya meninggalkan semua perkara toksik dan enggan trauma masa lalu menghantui saya lagi,” katanya dalam Instagram hari ini.

    Dia juga mahu menjadi seorang ibu dan isteri yang sihat buat suami serta anak-anaknya.

    Pada 4 Januari lalu, Shila mengesahkan dirinya kini hamil selepas lima bulan mendirikan rumah tangga dengan Ubai yang juga seorang pensohor media sosial.

    Selain itu, dia pernah mengongsi menghidap anxiety dan salah satu punca utama adalah komen negatif yang diterima daripada netizen.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts