Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDisertai Lebih 10,000 Pelari, Sunway-Rapid KL Good Run 2024 Berjaya Raih RM430,000...

    Disertai Lebih 10,000 Pelari, Sunway-Rapid KL Good Run 2024 Berjaya Raih RM430,000 Sumbangan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Boleh dikatakan banyak acara larian dianjurkan tetapi Sunway-Rapid KL Good Run 2024 pecah rekod apabila lebih 10,000 orang pelari telah menyertai acara itu pada 28 Julai yang lalu.

    Wow, memang meriah! Acara larian Sunway-Rapid KL Good Run 2024 yang berlangsung di sekitar Bandar Sunway ini merupakan salah satu inisiatif bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 Sunway.

    Acara larian yang meriah itu telah diadakan di laluan Bas Rapid Transit bertingkat yang direka khas, pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Larian ini menampilkan tiga kategori iaitu 21.1KM separuh maraton, 10KM dan 5KM.

    Majlis pelepasan dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, YB Michelle Ng di Sunway Geo Avenue bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Pelaburan Digital & Strategik, Kumpulan Sunway, Evan Cheah, Presiden Sunway Healthcare Group Dato’ Lau Beng Long, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, dan Ketua Pegawai Operasi Rapid Bus Encik Ku Jamil Zakaria dan banyak lagi.

    Berjaya kumpul dana lebih RM430,000 untuk badan amal

    Difahamkan, acara ini berjaya kumpul dana lebih RM430,000! Bayangkan, duit banyak tu nak bantu golongan yang memerlukan. Dana ini akan disalurkan kepada lima pertubuhan kebajikan, mesti ramai yang dapat memperoleh manfaat daripadanya.

    Untuk pengetahuan semua, lima pertubuhan kebajikan yang terpilih ialah UNICEF, Generating Opportunities for the Learning Disabled (GOLD), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Women of Will (WOW) dan Rumah Perlindungan Darul Ukhwah.

    Bukan sekadar sihat badan tetapi juga dapat bantu masyarakat setempat

    Sunway-Rapid KL Good Run 2024Sunway-Rapid KL Good Run 2024

    Menurut Presiden Sunway Healthcare Group Dato’ Lau Beng Long, pihaknya bersemangat mengenai kesihatan komuniti.

    ALSO READ:  Kongsi Gambar Berkemban, Peminat Sanggup Mohon Ampun Doa Buat Fatiya Ketika Malam Nisfu Syaaban

    “Dengan peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, obesiti dan diabetes, kami perlu menekankan kepentingan gaya hidup sihat.

    “Oleh itu, kami berbesar hati menyokong larian ini yang menggalakkan golongan muda dan tua untuk aktif secara fizikal, dengan hasil daripada Larian ini akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan,” kata Lau.

    Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Encik Muhammad Yazurin Sallij berkata, “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Kumpulan Sunway tahun ini untuk Sunway-Rapid KL Good Run 2024, tepat pada masanya iaitu pada ulang tahun ke-20 tahun Rapid KL.

    “Ini telah memberi kami peluang untuk menjadi sebahagian daripada perkara penting dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif, sambil mengukuhkan hubungan jenama kami dengan masyarakat.” ujar Yazurin.

    Sunway rancang untuk terus memberi tumpuan kepada komuniti di bawah payung #SunwayforGood dengan mengadakan lebih banyak acara amal

    Pada September ini, Meal Pack-a-thon akan dianjurkan dengan kerjasama Rise Against Hunger dalam menangani isu sekuriti makanan di mana menyaksikan syarikat itu mencapai sasaran mereka untuk membungkus dua juta pek makanan buat masyarakat kurang bernasib baik di Malaysia mahupun luar negara.

    Selain itu, Sunway kini bekerjasama dengan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) sebagai rakan kongsi kelestarian rasminya dan mempunyai rancangan untuk membantu menghapuskan AIDS menjelang 2030.

    Sebagai sebahagian daripada usaha ini, kumpulan ini juga bekerjasama dengan Majlis AIDS Malaysia (MAC) dan Kementerian Kesihatan untuk membantu memastikan akses kepada rawatan antiretroviral dan sokongan psikososial bagi Orang yang Hidup dengan HIV (ODHIV) serta komuniti B40 di Sabah dan Sarawak.

    Inisiatif ini membentuk sebahagian daripada komitmen Sunway yang lebih luas terhadap pembangunan mampan dan rangkuman sosial.

    ALSO READ:  [VIDEO] Bawa Watak Antagonis Dalam Filem ‘Rebel: Berontak Untuk Berotak’, MK K-Clique Tak Takut Dikecam

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts