Umum mengetahui, pelakon Lana Nodin dan keluarganya sudah berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah. Perkara itu dikongsi sendiri oleh Lana menerusi hantaran di Instagram, yang menitipkan rasa syukur apabila dia keluarga diberi peluang untuk mengerjakan ibadah Umrah secara DIY.
Hebat sister ni
Terbaru, seorang individu telah mengundang kontroversi apabila mendakwa Lana tidak memohon maaf kepada rakan artis yang dia pernah mengata secara terang-terangan sebelum pergi menunaikan umrah.
Berikutan komen tersebut, Lana dilihat tampil meninggalkan respons. Menurut Lana, individu tersebut bercakap seolah mengenali dirinya.
Hebat sister ni. Dia boleh jadi hakim esok kat padang masyar sebab dia lebih tahu dosa dan pahala saya sebelum ke umrah. Apapun Alhamdulillah. Terima kasih sister ingatkan. You dah minta maaf dengan i juga tak?
Terdahulu, rata-rata netizen menitipkan doa agar urusan ibadah umrah Lana sekeluarga dipermudah, malah ada yang sempat meluahkan rasa terharu melihat Lana berjaya membimbing suaminya iaitu Daud Mckenzie ke jalan Allah.