Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDitawarkan Buah Pinggang oleh Tiga Individu, Ebby Yus Perjelaskan Mengapa Dia Menolak!

    Ditawarkan Buah Pinggang oleh Tiga Individu, Ebby Yus Perjelaskan Mengapa Dia Menolak!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid memaklumkan buah pinggangnya sudah pun rosak dan perlu menjalani rawatan dialisis air susulan keadaan jantungnya yang agak lemah.

    Menjalani Dialisis Di Rumah

    Menurut Harian Metro, Ebby Yus kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.

    Dalam sehari, Ebby menjalani rutin dialisis sebanyak dua kali selama lebih kurang 40 minit setiap sesi.

    Menurut Ebby, dia juga perlu mengehadkan pengambilan air, namun bersyukur kerana berat badannya mula menunjukkan kenaikan.

    Menolak Tawaran Tiga Individu

    via Info Rakyat

    Ebby juga turut berkongsi mengenai bagaimana dia menolak derma buah pinggang yang ditawarkan tiga individu kepadanya.

    Ada tiga individu yang nak mendermakan buah pinggang, tapi, saya tolak.

    Tak mengapa. Sebabnya, saya tak sampai hati nak ambil buah pinggang orang lain kerana mereka pun ada anak dan isteri.

    Jadi, kalau ada rezeki untuk saya sihat, Alhamdulillah. Kalau tak ada, dah sampai masa saya.

    Bahkan, kalau adik beradik nak derma pun, saya rasa, tak (terima) kot. Lagi pun, kita tak tahu sama ada ia sesuai atau tidak dengan kemampuan badan kita.

    Saya dah hidup dengan pelbagai penyakit ini sejak berusia 20-an lagi sehinggalah saya sekarang berusia hampir 60 tahun.

    Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan kepada saya.

    Katanya, dia menolak tiga tawaran individu tersebut kerana tidak sampai hati untuk mengambil buah pinggang orang lain kerana individu tersebut juga mempunyai anak dan isteri.

    Tambahnya lagi, dia sudah hidup dengan penyakit tersebut semenjak usianya 20-an dan bersyukur kerana Allah masih memberikannya kekuatan.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts