Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDitipu Hidup-Hidup, Watie Mengakui “Derhaka” Cakap Suami Kerana Enggan Dengar Nasihat Shuib!

    Ditipu Hidup-Hidup, Watie Mengakui “Derhaka” Cakap Suami Kerana Enggan Dengar Nasihat Shuib!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Apabila isteri mematuhi semua nasihat dan teguran suami, itu bukanlah kerana tiada ego, tetapi sebaliknya untuk kebaikan bersama. Tiada salahnya untuk mendengar antara satu sama lain, ini dapat mengelakkan pertikaian dan mendamaikan rumah tangga.

    Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah, mendedahkan sikap degilnya yang enggan mendengar nasihat suami yang menyebabkannya menjadi mangsa penipuan dengan kerugian sehingga RM100,000.

    Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah mengakui bahawa dirinya mudah terpengaruh dengan tawaran keuntungan berlipat kali ganda sehingga terjebak dengan satu skim pelaburan palsu.

    Menurut ahli perniagaan itu, pada hari yang sama akaun Instagramnya turut digantung kerana menyebabkan masalah yang banyak.

    “Januari 2024 adalah permulaan tahun yang mencabar dari segi kesabaran mental dan emosi. Hari itu mummy (panggilan diri) nak terbang ke China, hari itu juga Instagram mummy kena gantung.

    Masa itu dekat otak runsing pasal kerja yang akan tertangguh sebab ada dua, tiga kontrak yang mummy baru tandatangani.

    “Masa ini dah rasa mungkin Allah nak mummy tumpukan sepenuh perhatian pada keluarga, tiada sosial media sebab bila mummy sibuk, anak-anak mengeluh kenapa mummy tak dapat hantar dan ambil balik sekolah.

    “Hari yang sama juga dapat berita dah kena scam RM100,000. Bayangkanlah perasaan nak kena terbang malam itu,” katanya dalam perkongsian Instagram.

    Bagaimanapun, dia mengakui bahawa dia lebih risau tentang akaun laman sosial yang digantung berbanding kehilangan jumlah wang yang besar di tangan penipu.

    Watie mengaku bahawa dia terus meminta maaf kepada Shuib yang sebelumnya pernah menasihatinya untuk lebih berhati-hati dalam urusan pelaburan.

    ALSO READ:  Nafi Bermewah Guna Duit Suami, Intan Najuwa Bertegas Tidak Bergantung Kepada Suami Soal Kewangan

    “Sebelum mummy terbang terus minta ampun dan maaf dekat daddy (Shuib). Ayat masa tu ‘Daddy, saya minta maaf tau kalau ada benda yang tak dengar nasihat daddy’

    Masa itu daddy terus tanya. ‘kenapa? Pelaburan dah hangus ke?’ Sebab itu saja benda yang mummy tak dengar cakap daddy, yang lain semua mummy dengar kata.

    “Jadi, memang daddy dah dapat agak, biasalah perempuan. Bila ada pendapatan sendiri macam itulah. Mummy pula memang sejenis pantang dengar bab-bab melabur yang mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda.

    “Sudahnya hari-hari kena perli dengan daddy. Daddy cakap ‘awak pergilah main kutu lagi’,” ujarnya.

    Watie juga mengakui bahawa dia mudah terpengaruh apabila mendengar tentang pelaburan, dan berjanji akan lebih patuh dan mendengar nasihat suaminya pada masa akan datang.

    Insiden ini memberikan banyak pengajaran terutamanya untuk lebih berhati-hati di masa hadapan.

    “Tapi dekat situ mummy belajar, lain kali jangan derhaka cakap suami. Kalau suami kata tidak, maksudnya tidak, jangan pujuk sampai dia terpaksa cakap iya.

    “Enggan bagi daddy marah, mummy cakap dekat daddy ‘saya reda sebab tahu Allah boleh beri dan ambil bila-bila Dia berkehendak. Siapa kita nak menangis,” katanya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts