Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDituduh Berzina Dan ‘Mandrem’ Suami Orang, Shakilla Khoriri Kecewa Gelaran Janda Beri...

    Dituduh Berzina Dan ‘Mandrem’ Suami Orang, Shakilla Khoriri Kecewa Gelaran Janda Beri Pandangan Serong Terhadap Dirinya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Janda ialah gelaran bagi wanita tidak bersuami sama ada akibat perceraian semasa atau bercerai mati.

    Cuma dalam kes tertentu, adakalanya kita mengelak daripada menggelarkan wanita solo yang ketiadaan suami itu sebagai janda, sebaliknya ibu tunggal (jika mempunyai anak), itu lebih sopan.

    Jika wanita itu baru menjanda akibat kematian suami pula, dia disebut balu dan kalau menjanda ketika masih muda tanpa anak, disebut orang janda berhias.

    Jika sudah namanya janda berhias, pantang melintas, ada sahaja mata yang pandang tak lepas.

    Bahkan, sebut sahaja perihal “janda” maka yang terbayang di benak masyarakat bahawa janda itu ialah perampas suami orang, perosak rumah tangga orang lain, perempuan murahan dan banyak lagi gelaran buruk yang diberi kepada mereka yang menyandang status janda.

    Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon Shakilla Khoriri menuntut individu yang menyebarkan fitnah dan foto mesranya bersama lelaki didakwa berstatus suami orang tampil membuat permohonan maaf sebelum tindakan undang-undang diambil.

    Memetik menerusi sebuah program hiburan popular, Melodi pada Ahad lalu, Shakilla kelihatan berang dituduh menggunakan sihir untuk memikat, selain didakwa terjebak dengan perbuatan zina dan mengikis lelaki itu.

    “Asal janda sahaja jahat. Saya teruk dihina, kalau rasa saya ‘mandrem’ suami orang, pergilah berubat dan saya tidak akan lari. Jika betul saya buat benda kotor, jumpa saya dan berikan bukti.

    “Saya memang takkan maafkan individu menuduh saya melakukan perbuatan jahil sampai mati. Kecuali datang minta maaf kepada ibu bapa saya.

    “Tuduhan saya suka ‘mandrem’ sangat jahat. Begitu juga dakwaan saya berzina dan kikis suami orang, seolah-olah saya keluar masuk hotel untuk melakukan maksiat,” katanya.

    Shakilla yakin penyebar fitnah adalah orang yang saya kenali, yang tahu hal dalam kain orang. Ini kerana netizen tidak akan tahu dan tiada nombor telefonnya.

    ALSO READ:  Anak Saudara Salman Khan Dedah Perangai 3 Ayah Saudaranya!-“Salman Khan Masih Berjiwa Kanak-Kanak”

    Mengulas dakwaan memaksa lelaki berkenan menceraikan isteri, Shakilla menafikannya. Dan lelaki itu menceraikan isterinya atas kerelaan sendiri.

    “Tidak betul, lelaki berkenaan menceraikan isterinya atas kerelaan sendiri. Keputusan dia buat, isterinya pun tahu.

    “Bagaimanapun, saya tak nafikan ada beritahu, jika tidak mahu bercerai, saya tidak mahu meneruskan perhubungan. Saya wanita dan tidak pernah memaksanya menceraikan isterinya.

    “Saya hanya bagi kata putus tidak boleh hidup bermadu kerana saya tidak mampu, bukan saya suruh ceraikan isterinya. Bagaimanapun, isterinya membuat permintaan menjadikan saya madunya, sudah tentu saya tidak mahu.

    “Saya lebih rela kehilangan lelaki berkenaan daripada hidup bermadu. Tetapi, bila saya tidak bersetuju untuk bermadu, jangan putar belit kenyataan, seolah-olah saya bersalah,” katanya.

    Tambah Shakilla, dia kecewa melihat ibunya menangis sejak foto mesranya dengan lelaki berkenaan tersebar.

    Namun, katanya, dia mengakui kekhilafan bergambar mesra dengan lelaki itu, tetapi tindakan penyebar tetap salah kerana mencuri gambar peribadi dan menyebarkan kepada orang lain.

    Katanya, ibu bapanya mengalami kesan emosi teruk akibat perbuatan fitnah sehingga menjadi pendiam.

    “Saya kecewa lihat ibu menangis, sedangkan itu adalah gambar lama. Adakah anda pasti itu adalah suami orang?

    “Saya ada bukti lelaki berkenaan pernah menjadi suami orang, jadi tidak perlu upah orang untuk menjadi ‘spy’. Gambar berkenaan diambil sekitar Ogos dan September, tahun lalu di mana dia bukan suami orang.

    “Isu foto bermesra, saya minta maaf, itu memang kekhilafan saya. Ia tidak sepatutnya berlaku dan dicontohi.

    “Cuma, apa yang saya rasa tidak boleh dimaafkan, mencuri foto peribadi saya. Gambar itu hanya saya dan lelaki berkenaan sahaja ada, jadi ia boleh dicuri kerana hanya ada dalam dua telefon bimbit sahaja,” katanya.

    Shakilla berkata, dia juga boleh mendakwa penyebar fitnah dan tuduhan mengatakannya mengikis duit suami orang.

    “Apa yang saya kikis, sedangkan duit saya habis berpuluh ribu buat pelbagai perniagaan.

    “Kepada si penghantar e-mel, apa motif awak? Kalau rasa menyebarkan fitnah ini boleh membuatkan awak puas hati, boleh menjatuhkan dan tutup pintu rezeki saya, awak salah,” katanya yang turut mempunyai segala bukti.

    Terdahulu, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Hot FM, Fizi Ali pada 18 Februari 2018, namun berpisah pada Disember 2021.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ina Naim & Suami Tak Sorok Kebahagiaan, Siap Berkaraoke Lagi! – ‘Patut Dia Setuju, Ada Persamaan Dengan Arwah Rupanya’

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Ameena Sofia, 4.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts