Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDituduh Curang Dengan Kawan Baik Suami, Paula Verhoeven ‘Balas’ Dengan Ceramah &...

    Dituduh Curang Dengan Kawan Baik Suami, Paula Verhoeven ‘Balas’ Dengan Ceramah & Kata-Kata Islamik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Baim Wong mengesahkan telah memfailkan perceraian terhadap bekas isterinya iaitu Paula Verhoeven, pada Isnin.

    Baim Wong dakwa bekas isteri curang

    Dikala nama Baim dan Paula masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial, tiba-tiba timbul pula satu pendedahan yang mengejutkan mengenai punca keretakan rumah tangga pasangan ini.

    Menerusi satu sidang media, Baim mendakwa Paula berlaku curang sewaktu masih sah isterinya dan lebih mengejutkan lelaki yang dikaitkan dengan wanita itu adalah rakan baiknya sendiri.

    Sebenarnya posisi saya agak sulit. Saya memang dikhianati oleh dua individu terdekat saya, dari pihak perempuan dan juga lelaki. Yang lelaki adalah teman baik saya sendiri.

    Dalam pada itu, Baim akui dia sudah bertahan selama setahun demi anak-anak malah cuba menyelamatkan rumah tangganya, namun tidak berjaya.

    Saya terus terang cakap saya tidak tahu ada apa di antara mereka. Cuma saya tahu sudah tidak ada kejujuran lagi selama satu tahun kebelakangan ini.

    Paula balas tuduhan Baim Wong

    Sementara itu, Paula enggan mengulas lebih lanjut berhubung dakwaan tersebut sebaliknya di Instagram, dia hanya berkongsi ceramah dari Ustaz Hanan Attaki tentang sikap berdiam diri dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT ketika dijahati oleh orang.

    Selain itu, ibu kepada dua anak ini turut berkongsi kata mutiara dari Ali bin Abi Thalib.

    Tidak perlu menjelaskan dirimu kepada sesiapa pun, kerana yang menyukaimu tidak memerlukan itu. Dan yang membencimu tidak akan percaya itu.

    Untuk rekod Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018.

    Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.

    ALSO READ:  Umai Layak Ke Peringkat Akhir WCOPA Bagi Kategori ‘Soul / R&B’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts