Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDituduh Gagal Bayar Hutang Arwah Bapa, Farah Lee Bersedia Ambil Tindakan Undang-Undang

    Dituduh Gagal Bayar Hutang Arwah Bapa, Farah Lee Bersedia Ambil Tindakan Undang-Undang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Personaliti media sosial yang juga aktivis terkenal, Farah Lee muncul memberi kenyataan selepas tular dakwaan yang mendakwa dia dan keluarganya enggan melunaskan hutang arwah bapanya kepada seorang individu.

    “Kami Akui Memang Terdapat Tuntutan Hutang Dari..”

    Menerusi kenyataan rasmi di Instagram, dia mengakui terdapat tuntutan hutang yang dikemukakan oleh seorang individu di laman X, namun sehingga kini tiada bukti bertulis atau tidak bertulis yang dikemukakan oleh individu terlibat.

    “Saya Farah Lee mewakili semua ahli keluarga saya ingin menafikan semua dakwaan yang telah ditujukan kepada kami. Kami akui memang terdapat tuntutan hutang dari pihak berkenaan pada tahun 2017. Namun, memandangkan jumlah yang dituntut adalah sangat tinggi, wajar bagi kami untuk mendapatkan sebarang bukti berkenaan tuntutan tersebut.

    Walaubagaimanapun, sehingga kini tidak ada sebarang bukti bertulis mahupun tidak bertulis serta tidak ada sebarang saksi yang berjaya dikemukakan kepada kami melainkan khabar angin (hearsay) semata-mata.” – tulis Farah Lee di Instagram

    Bersedia Ambil Tindakan Undang-undang

    Tegas Farah, dia sudah bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat yang menyebarkan fitnah di media sosial.

    “Saya telah berbincang dengan pasukan peguam saya dan kami telah bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas semua individu dan/atau pihak yang terlibat dalam penyebaran fitnah tersebut termasuklah saman fitnah bagi mendapatkan ganti rugi terhadap kerosakan imej dan reputasi kami serta gangguan yang diterima terutama saya sebagai figura awam.” – tegas Farah

    Dalam pada itu, aktivis ini turut menitipkan pesanan kepada pihak berkaitan untuk membuat permohonan maaf secara terus dan terbuka. Malah, pihak peguamnya juga tidak teragak-agak untuk memulakan tindakan saman fitnah di Mahkamah.


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts