Sebelum ini kecoh apabila enam rakyat Malaysia, termasuk seorang artis wanita, ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, awal pagi semalam.
Ditahan Selepas Berhibur
Kesemua mereka yang berusia 25 hingga 32 tahun ditahan jam 6 pagi (waktu Malaysia) di sebuah bilik selepas selesai berhibur.
Menerusi tangkapan itu, polis Thailand turut merampas 6,000 biji pil kuda.
Difahamkan, dua daripada mereka masuk ke Thailand menggunakan pangkalan haram manakala empat lagi masuk menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.
Misha Omar Tampil Perjelaskan Isu Sebenar
Sumber berkata, kesemuanya dikatakan ke hotel berkenaan untuk berhibur sempena cuti umum Deepavali.
Atas kejadian tersebut, penyanyi lagu Bunga Bunga Cinta, Misha Omar turut terpalit dengan kejadian itu.
Melihat di Instagram Story, Misha menafikan dirinya adalah penyanyi wanita tersohor dari Kelantan yang kini ditahan pasukan polis di Thailand bersama pil kuda.
Terima kasih kepada yang hantar dan bertanya kepada saya sama ada saya okay atau tak. Ini bukan saya. Jangan risau, okay?
Malah Misha juga turut mengucapkan terima kasih kerana peminat masih lagi sayangkannya dan bertanyakan khabar kepadanya.