Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDituduh Selingkuh Dengan Nimrat Kaur, Simi Garewal ‘Backup’ Abishek Bachchan- “Dia Lelaki...

    Dituduh Selingkuh Dengan Nimrat Kaur, Simi Garewal ‘Backup’ Abishek Bachchan- “Dia Lelaki Paling Baik Di Bollywood”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tiada kata putus, khabar angin mengenai perceraian di antara Abishek Bachchan dan Aishwarya Rai masih lagi hangat diperkatakan. Abishek kini dituduh oleh peminat, mengatakan dia telah berlaku curang terhadap isterinya dan menjalinkan hubungan sulit dengan pelakon Nimrat Kaur.

    Melihatkan tuduhan berat ini, Simi Garewal iaitu pelakon dan bekas pengacara ‘Rendezvous with Simi Garewal’ telah mempertahankan Abishek dengan berkongsikan semula video lama Abishek mengenai pandangan komitmen dan kesetiaan dalam perhubungan.

    Foto – YouTube

    Dia telah mempertahankan Abishek dan memanggilnya ‘lelaki paling baik’ di Bollywood. Walau bagaimanapun, kongsiannya di Instagram itu terpaksa dipadam kerana ia telah mencetuskan kebencian serta kecaman terhadapnya dan Abishek.

     “Permata Pertemuan. Saya rasa semua orang yang mengenali Abishek secara peribadi akan bersetuju bahawa dia adalah antara lelaki yang paling baik di Bollywood. Nilai yang baik dan kesopanan semula jadi.”

    Foto – Bollywood Shaadis

    Dalam video temu bual tersebut, Abishek menggelar dirinya kuno dan lebih suka untuk kekal setia dalam perhubungan.

    “Panggil saya kuno, tetapi… Jika anda telah komited kepada seseorang, pada tahap apa pun, maka patuhi komitmen itu. Jika tidak, saya secara peribadi merasakan bahawa sebagai seorang lelaki, jika anda memberi komitmen kepada seorang wanita, walaupun anda adalah teman lelakinya, anda harus setia kepadanya.”

    Foto – Bollywood Life

    Sebelum ini tular satu video di mana Amitabh Bachchan dituduh telah mengabaikan menantunya, dengan memuji ahli keluarga lain tetapi tidak pada Aishwarya Rai. Melihatkan khabar angin ini, Simi berkongsi pandangan dengan mengatakan “Kamu tidak tahu apa-apa. Hentikan.”

    Tonton video temu bual Abishek Bachchan dan Simi Garewal di [SINI] dan skip ke masa 12:53.

    ALSO READ:  [VIDEO] Nabila Huda Kongsi Rasa Sebak Kematian Kucing Kesayangan-“Banyak Sangat Darah Keluar Dari Mulut Dia…”

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts