Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDituduh Sudah Melupakan Arwah Suami, BCL Akui Dapat Restu Keluarga Mentua Untuk...

    Dituduh Sudah Melupakan Arwah Suami, BCL Akui Dapat Restu Keluarga Mentua Untuk Kahwin Lagi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sering kali apabila bercerita tentang iddah, ia seringkali dikaitkan dengan kaum hawa. Contohnya, sepanjang tempoh iddah, para isteri tidak boleh keluar rumah, perlu jaga cara pemakaian dan sebagainya.

    Iddah ialah suatu tempoh masa yang dilalui oleh seseorang perempuan selepas perceraian atau kematian suami di mana dia diharamkan berkahwin dengan orang lain, seperti yang dinukil di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

    Bagaimanapun, Isteri diharuskan untuk berkahwin dengan suami baru selepas tamat tempoh idah kematian suami iaitu 4 bulan 10 hari.

    Berbahas soal ini, baru-baru ini kecoh di media sosial berkenaan perkhabaran gembira bahawa penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL yang dikatakan sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada keluarga mentuanya selepas dikatakan bakal melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Tiko Aryawardhana di Bali, Indonesia pada 2 Disember ini.

    Menurut portal berita Indonesia, keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair terutama ibunya, Dida Sinclair dikatakan sudah memberi restu jika Bunga ingin berumah tangga semula.

    Dida dan keluarga dilaporkan berkenalan dengan Tiko ketika menyambut Aidilfitri bersama tahun lalu.

    Malah, adik Ashraf yang juga penyampai radio, Aishah Sinclair juga sudah lama mengetahui hubungan pasangan itu, malah pernah dilihat bergambar dengan kakak iparnya disertai Tiko.

    Terdahulu, ada yang mempertikaikan hubungan Bunga dengan bakal suami yang juga kakitangan sebuah syarikat kewangan terkemuka dan menyifatkan pernikahan mereka sebagai tergesa-gesa.

    Tidak kurang juga meluahkan perasaan kecewa kerana beranggapan BCL sudah melupakan arwah suaminya.

    Terdahulu, BCL melalui kehidupan sebagai ibu tunggal selepas kematian Allahyarham Ashraf akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

    Hasil perkahwinan dengan Ashraf, mereka dikurniakan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts