Sempena hari Jumaat yang mulia hari ini, pelakon Ruhainies dilihat ‘repost’ hantaran doa di Instagram Story miliknya.
Tidak mampu menyenangkan hati siapa pun
Menerusi posting tersebut, tertera doa berbunyi ‘lembutkanlah hati manusia’. Doa yang dikongsikan oleh Ruhainies itu didakwa sangat sesuai untuk menggambarkan situasinya pada masa ini. Mana taknya, rata-rata netizen masih melemparkan kata-kata negatif terhadapnya berikutan kontroversi ditangkap khalwat bersama aktor, Aliff Aziz.
Di samping itu, dalam doa tersebut juga tertera doa berbunyi ‘aku tidak mampu mengubati atau menyenangkan hati siapa pun kerana hatiku dan hati mereka adalah milikMu’.
Terdahulu, nama pelakon Ruhainies kembali mencuri tumpuan netizen di media sosial selepas dia dilihat memberi tanda ‘like’ pada posting yang dimuat naik oleh ibu Aliff Aziz di Instagram.
Selain Ruhainies, ibu Aliff Aziz iaitu Hafiza dilihat kerap memuat naik foto doa di Instagram Story miliknya juga.