Bekas suami kepada pelakon jelita Nora Danish iaitu Nedim Nazri mencuri perhatian apabila memuat naik gambar bekas isterinya menerusi Instagram Story (IG Story).
Nora berdoa lepas solat
Menerusi hantaran tersebut, Nedim atau nama sebenarnya Mohamad Nedim Nazri memuat naik gambar memaparkan Nora yang bertelekung berona putih dipercayai baru sahaja selesai solat dan memanjatkan doa.
Menurut Nedim, dia meminta pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Polis Evo 3’ itu untuk memanjatkan doa memohon agar dirinya kuat demi percutian mereka bersama anak-anak.
Doa lebih sikit mommy (Nora Danish). Semoga daddy (Nedim) kuat untuk bercuti dengan anak-anak.
Sementara itu, Nedim turut memuat naik gambar Nora seakan memberi petanda bekas isterinya itu ketika ini sedang dalam proses untuk berhijab.
Alhamdulillah, nurse bergaduhku sudah sampai.
Terdahulu, Nora mencuri perhatian apabila memuat naik foto dirinya lengkap berhijab menerusi hantaran di IG.
Imbas kembali, Nora mendedahkan rumah tangga dengan Nedim yang dibina sejak 2017 bergolak pada 29 April lalu.
Nora mengaku dia dan Nedim berusaha perbaiki hubingan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak mereka.
Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.
Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.