Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Doa Umrah Dua Tahun Lalu Dimakbulkan Allah’ – Wan Maimunah Tak Percaya...

    ‘Doa Umrah Dua Tahun Lalu Dimakbulkan Allah’ – Wan Maimunah Tak Percaya Terima Panggilan Haji

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Wan Maimunah menangis terharu apabila diberitahu dia telah terpilih untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

    Artikel Berkaitan: Terpaksa Mengemis Hak Sendiri, Wan Maimunah Dapat Bayaran Tak Setimpal Hasil Kerja

    Allah maha pengasih dan penyayang

    Memetik laporan Harian Metro, Wan Maimunah mendapat berita tersebut sebelum bulan Ramadan yang lalu daripada pihak Lembaga Tabung Haji.

    Bila diberitahu saya terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini, saya meraung.

    Tambah pelakon veteran ini, dia tidak dapat menahan sebak kerana tidak percaya akan menjadi tetamu Allah dalam tempoh secepat itu.

    Saya beryukur kerana doa ketika mengerjakan umrah dua tahun lalu dimakbulkan Allah. Allah itu maha pengasih dan penyayang. Pada Disember 2022, saya tunaikan umrah dan saya akui, memang tak puas. Saya tak puas nak duduk depan Kaabah dari jam 9 pagi hingga sebelum solat Zohor dan menyebabkan saya terpaksa menolak melakukan aktiviti ziarah.

    Di depan Baitullah, saya mengadu pada Allah yang tak puas kerana hanya berkesempatan membuat umrah wajib sahaja. Tak sempat nak buat tawaf sunat dan beriktikaf lama dalam masjid. Malah, saya juga lebih banyak solat dalam bilik. Hanya Allah sahaja yang tahu mengapa dan saya tak nak dedahkan.

    Saya bukanlah insan yang sempurna, bahkan juga seorang pendosa. Namun saya mohon kepada-Nya sebelum nyawa diambil, saya harap diberi peluang menyempurnakan rukun Islam kelima.

    Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan saya masih tak percaya akan berangkat ke Makkah dalam tempoh secepat ini.

    Pemenang trofi Artis Komedi Wanita Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak lima kali itu dijangka akan berangkat ke Tanah Suci pada 10 Mei ini.

    ALSO READ:  Putra Amaris dan Tyzo Melengkapkan Resepsi Rezeki Bersama Sepanjang Ramadan

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts