Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Doakan Je La Baik-Baik. Jangan Terlalu Negatif…”-Intan Najuwa Komen Isu Umum Hamil...

    “Doakan Je La Baik-Baik. Jangan Terlalu Negatif…”-Intan Najuwa Komen Isu Umum Hamil Terlalu Awal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Umum mengetahui, pelakon, Intan Najuwa baru sahaja berkongsi khabar gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil cahaya mata pertama selepas hampir setahun bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Ahmad Asraf Azman.

    Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir netizen yang memberi respon negatif terhadapnya, malah ada yang meluahkan rasa bimbang dengan Intan yang didakwa mengumumkan berita kehamilan terlalu awal.

    “Kadang tell public terlalu awal. Then sadly anak diorang keguguran. Kita tak nampak niat orang. Benda tak nampak. Sebab tu ramai orang hide preggy to public, hanya keluarga sahaja yang tahu. Untuk keselamatan baby. Even it happened to Isa Isarb, Terlalu awal announced. Anak dia keguguran. It’s a lesson to learn.”-tulis Netizen pada DM Intan Najuwa

    Tahu Bila Masa Yang Sesuai Untuk Umum Hamil

    Tidak berdiam diri, Intan menerusi Insta Stories, menyatakan bahawa dia umum hamil bukanlah ketika awal kehamilan, malah dia dan suami telah mendapatkan nasihat doktor untuk memastikan bila waktu yang sesuai untuk mengumumkan kehamilannya itu.

    “Untuk yang DM, perut saya dah besar dah pun. Jadi tak mungkin 2-3 bulan. Dan sudah tentu, saya tahu bila tiba masa untuk umum. Saya dan suami ada parents, keluarga yang lebih tahu dan mereka pun sudah tentu bagi nasihat apa yang patut, dan apa yang tak patut.

    Kita pun dah consult dengan doktor, bila doktor kata kini tiba masa untuk umum, then yes baru la saya announce.”-jelas Intan Najuwa

    View this post on Instagram

    A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)

    “Masa Early Pregnancy Pun Tak Keluar Rumah…”

    Usia kehamilan telahpun memasuki trimester kedua, Intan memohon orang ramai untuk menitipkan doa yang baik-baik sahaja serta tidak bersikap terlalu negatif terhadap isu tersebut.

    “Saya dah masuk 2nd trimester dah pun, Alhamdulillah. Masa early pregnancy pun tak keluar rumah, tak inform anyone kecuali family & close friends. Jadi jangan risau ya.

    Doakan je la yang baik-baik, jangan terlalu negatif, Apa-apa dalam hidup kita ni semua Allah dah tulis dan aturkan. So we just follow the flow and learning to relax and enjoy life.”-tambah Intan

    Kita doakan yang baik-baik sahaja buat Intan agar urusan kehamilannya dipermudahkan dan berjalan lancar..



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts